India negara keempat paling teruk diancam COVID-19

NEW DELHI, 12 Jun — India negara keempat di dunia paling teruk diancam wabak COVID-19 selepas merekodkan 10,956 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes disahkan melonjak kepada 297,535 manakala angka korban sebanyak 8,498, dengan 396 kematian dicatatkan dalam tempoh sehari, menurut data kerajaan.

Keseluruhan, India mempunyai 141,842 kes aktif dan 147,195 pesakit pulih setakat 8 pagi Jumaat, kata Kementerian Kesihatan.

Negara ini mengatasi Britain dan Sepanyol dalam jumlah jangkitan manakala Amerika Syarikat, Brazil dan Rusia, tiga negara di dunia paling teruk terjejas.



Agensi penyelidikan perubatan persekutuan pada Khamis berkata kadar kematian di India bagi setiap 100,000 penduduk adalah terendah di dunia.

“Kita perlu meneruskan strategi pengujian, pengesanan, kuarantin dan langkah membendung, kita tidak boleh menyerah kalah dalam hal ini,” kata ketua pengarah Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) Balram Bhargava.

Negeri Maharashtra mencatatkan paling banyak kes diikuti Tamil Nadu, New Delhi, Gujarat, Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker