KRISIS SABAH – TUKAR KERAJAAN NEGERI ATAU BUBAR DUN?

Gagarvaganza Sabah, Apa Reaksi Ketua Menteri Sabah

Sabah menerima kejutan apabila 2 ADUN bertindak keluar parti berkuatkuasa serta merta. ADUN Kuala Penyu dan ADUN Sugut mengumumkan demikian hari ini dalam satu sidang media bersama. Kedua mereka dari Parti UPKO yang merupakan komponen Kerajaan Warisan di Sabah.



Mereka mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Ada ramalan Sabah akan menyaksikan lebih ramai ADUN dalam komponen Warisan bakal bertindak keluar parti namun setakat ini hanya 2 yang berani berbuat demikian. Jika berlaku tindakan keluar parti lagi WARISAN bakal berdepan krisis sokongan serta kehilangan majoriti sebagai sebuah Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini menyatakan tidak mungkin Sabah tergugat kerana masih memegang majoriti sokongan namun kini beliau perlu berfikir 2 kali. Apakah reaksi Ketua Menteri kali ini?

Mungkinkah Shafie akan juga mengisytiharkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin atau kekal sokongan kepada Pakatan Harapan dan berdepan dengan kemungkinan WARISAN tumbang atau akan bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi rakyat Sabah peluang menyampaikan mandat mereka kepada siapa yang dipercayai untuk mentadbir Sabah?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button