GAGAL NAMAKAN CALON, PAKATAN HARAPAN TIADA SOKONGAN ATAU MASIH BEREBUT JAWATAN PM9?
PAKATAN HARAPAN BUNTU SELESAIKAN SIAPA PM KE-9
Bakal PM 7 & 8, ANWAR IBRAHIM memohon maaf kepada penyokong Pakatan Harapan yang juga dijenamakan sebagai PH PLUS GAGAL menamakan calon serta GAGAL mengemukakan bukti sokongan untuk mengambil alih kerajaan sekarang.
PAKATAN HARAPAN HILANG SOKONGAN AHLI PARLIMEN
Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Ketua Pembangkang membuat permohonan maaf tersebut semasa bersiaran langsung di laman rasmi media sosial beliau.
Antara alasan Anwar berikutan KEGAGALAN tersebut ada beberapa rundingan perlu dilakukan bersama sekutu lain dalam PH termasuk Warisan dan PPBM (versi Tun M). Perlu diingatkan krisis yang dihadapi Mahathir juga antara faktor mempengaruhi keputusan PH.
Menjelaskan mereka (PH) masih memerhati kebobrokan serta kesilapan PH semasa berkuasa, beberapa penyelarasan serta pembetulan perlu dikaji mereka terutama Manifesto PRU14 jika mahu mengambil alih kerajaan dalam masa terdekat. Perkembangan ekonomi juga antara faktor yang diambil kira kerana prestasi ekonomi yang kurang memberangsangkan sepanjang pemerintahan PH selama 22 bulan.
KRISIS MAHATHIR vs MUHYIDDIN SUKARKAN KEADAAN
Bagaimanapun menurut pemerhati politik alasan Anwar hanyalah helah bagi menjaga air muka PH. Sejak kejatuhan PH, mereka memainkan pelbagai sentimen politik termasuk menggunakan nama mandat rakyat sebagai tiket untuk membolehkan sokongan diperolehi. Dengan permainan media kononnya PH telah ada cukup angka sokongan, eksperimen mereka menemui jalan buntu kerana masih berlaku perebutan siapa paling layak jadi PM mewakili Pakatan Harapan.
Anwar sememangnya terkenal dengan penciptaan alasan sejak dipecat Dr Mahathir pada 1998 kerana salah laku moral (Dakwaan Mahathir) masih berpegang pada modus operandi sama. Jika masih ingat bagaimana kononnya beliau diracuni arsenik, disuntik kuman Aids, ditumbuk di mata, sakit saraf dan pelbagai alasan hanya untuk menarik simpati serta sokongan rakyat. Cuma kali ini Anwar tersilap kerana segala maklumat berada di hujung jari dan tidak bergantung kepada laporan akhbar semata.
BERAPA JUMLAH SOKONGAN KEPADA PAKATAN HARAPAN?
Apa yang perlu dikemukakan Anwar sekarang ialah BUKTI ANGKA SOKONGAN yang mereka perolehi dan bukan alasan demi alasan untuk mengaburkan rakyat. PH juga perlu menamakan siapa Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas balik kerajaan namun dipercayai Pakatan Harapan TIDAK MAMPU berbuat demikian lantaran sokongan teehadap mereka semakin menyusut.