Shahril Hamdan, Fahmi Fadzil di Kuala Langat

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Shahril Hamdan lawan Fahmi Fadzil di Kuala Langat

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dijangka bertembung dengan Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil di P112 Kuala Langat pada PRU15.



Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia merupakan calon paling sesuai untuk bertanding Parlimen Kuala Langat.

Pertembungan kedua Ketua Penerangan ini bakal jadi kayu pengukur kredibiliti serta pengaruh masing-masing kepada pengundi parti.

Shahril Hamdan lawan Fahmi Fadzil di Kuala Langat

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester di bawah tajaan biasiswa Bank Negara Malaysia pada tahun 2008.



Manakala Fahmi pula memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia (BSChE) dari Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat.

Shahril Hamdan lawan Fahmi Fadzil di Kuala Langat

Shahril sebelum ini pernah bertanding di Kuala Langat pada 2018, namun kalah kepada Xavier Jayakumar dengan perbezaan 17,112 undi.

Manakala Fahmi pula mengalahkan Raja Nong Chik di P121 Lembah Pantai dengan majoriti sebanyak 5,598 undi.



Xavier Jayakumar pula yang telah meninggalkan PKR pada 2021 dan memilih menjadi Ahli Parlimen Bebas kemudiannya memilih untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia – PBM yang diketuai Zuraida Kamaruddin.

Pengundi berdaftar Kuala Langat pada 2018 berjumlah 102,406 orang. Pecahan Kaum pula menyaksikan Kaum Melayu menguasai 57.17%, Cina 24.03%, India 16.26% dan lain-lain 2.54%.

Shahril Hamdan lawan Fahmi Fadzil di Kuala Langat



Bagaimanapun, mengikut banci penduduk tahun 2020, jumlah penduduk keseluruhan ialah 247,093 orang. Pecahan etnik pula memperlihatkan kedudukan Bumiputera berjumlah 67.3%, Cina 19.9%, India 12.4% manakala lain-lain 0.4%.

Di Parlimen Kuala Langat terdapat 3 DUN iaitu Sijangkang, Banting dan Morib. Namun demikian, kelebihan berpihak kepada calon Parlimen kerana DUN Selangor tidak dibubarkan selari dengan pembubaran Parlimen.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading