China lapor sifar kes tempatan COVID-19

16/02/2021 09:05 PM

BEIJING, 16 Feb — China pada Selasa mencatatkan 16 kes baharu COVID-19 yang diimport, dan tiada kes atau kematian tempatan baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, menurut Agensi Berita Jordan (Petra) memetik Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC).

Dalam kenyataan harian, suruhanjaya tersebut mengatakan pihaknya telah menerima laporan 89,788 kes yang disahkan dan 4,636 kematian di tanah besar China manakala 84,547 pesakit telah sembuh dan keluar dari hospital, sambil menambah “masih ada 605 kes yang disahkan, termasuk 10 kes dalam keadaan serius. “

Leave a Reply