VIDEO MAHATHIR SAHKAN MUHYIDDIN MAHU NAJIB KEMBALI JADI PERDANA MENTERI

MAHATHIR SAHKAN MUHYIDDIN MAHU NAJIB KEMBALI JADI PM

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=mvKIpCuJYRE[/embedyt]

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir mengesahkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu mengangkat Dato Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau bercakap demikian dalam satu klip video dipercayai selepas pertemuan dengan ahli PPBM. Bagaimanapun dalam satu lagi video, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyatakan mereka (Pakatan Harapan) telah beberapa kali bermesyuarat dan mencapai sepakat kata menamakan Anwar Ibrahim sebagai PM manakala Mukhriz Mahathir sebagai TPM. Menurut Loke lagi, keputusan tersebut belum dimuktamadkan kerana ada pilihan lain dengan menamakan gandingan Tun Mahathir dan Anwar sebagai PM dan TPM. Namun untuk gandingan Tun M dan Anwar, PH menetapkan tempoh untuk Mahathir berkuasa tidak sehingga Pru15 dan Tun perlu mematuhi persetujuan tersebut.

[KGVID]https://www.my-tv.online/wp-content/uploads/2020/06/VID-20200621-WA0021_001.mp4[/KGVID]

Membandingkan kedua-dua video timbul persoalan, mengapa Mahathir masih beranggapan Najib yang akan dinamakan sebagai PM sedangkan PH telah mempunyai pilihan sendiri. Dalam masa sama tindakan Mahathir seperti mahu ‘membunuh’ karektor Muhyiddin sebagai Presiden PPBM. Sangat musykil jika menonton video antara ucapan Mahathir dan kenyataan Loke.



PH masih lagi bermain politik menyusun atur siapa dan siapa yang menduduki heraki tertinggi pentadbiran kerajaan sedangkan sehingga hari ini mereka masih GAGAL mengemukakan bukti sokongan majoriti dalam parlimen. Jangan perjudikan nasib rakyat yang terjejas ekoran covid19 dengan kemahiran mencatur politik demi kepentingan sendiri. Bagaimana rakyat mahu percaya lagi kepada Pakatan Harapan apabila peluang selama 22 bulan yang diberikan hanya penuh dengan retorik politik dari penafian manifesto sehingga perebutan kuasa dalam PH sendiri?

Cukuplah berpolitik, berpolemik dan menyusun gerakan gerakan tanpa kesudahan yang memihak kepada kepentingan rakyat. Sebaiknya Muhyiddin memikirkan nasib rakyat dan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi membolehkan mandat baru diperolehi menerusi Pilihanraya Umum agar kekuatan kerajaan tidak seperti sekarang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button