MUAFAKAT NASIONAL MENUJU PRU15 – TAKIYUDDIN

MUAFAKAT NASIONAL MELANGKAUI PRU15

Situasi politik semasa negara masih bercelaru selepas Pakatan Harapan tumbang pada akhir Februari lepas. Bagaimanapun kerjasama Umno – Pas dalam Muafakat Nasional kekal utuh dan menumpukan usaha memenangi Pru15.

Setiausaha Agung PAS Dato Takiyuddin Hassan ketika ditemui di penamaan calon Prk Chini menyatakan komitmen PAS. Beliau juga yakin calon BN, Saudara Mohd Sharim Md Zain akan beroleh kemenangan memandangkan dua calon bebas tidak mewakili mana mana parti utama tanahair. Takiyuddin juga menyatakan keyakinannya undi PAS pada Pru14 akan dipindahkan kepada Sharim pada 4 Julai depan bagi mengekalkan kerusi BN di N23 Chini.



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=chrO7vDDH-4[/embedyt]

Kenyataan Takiyuddin memberi gambaran kerjasama Muafakat Nasional yang dimetrai Umno dan Pas bukanlah sekadar retorik menarik pengundi sebaliknya memberikan mesej jelas Pakatan Harapan sudah tidak relevan kepada rakyat Malaysia. Prk Chini adalah pilihanraya kecil ke – 6 menyaksikan kerjasama Umno – Pas selepas 5 Prk bermula di Cameron Highlands hingga ke Kimanis. Jentera BN dan PAS saling membantu dalam semua PRK yang dimenangi BN sekaligus mengembalikan keyakinan pengundi.

PRK N23 Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Dato Sri Abu Bakar Harun akibat serangan jantung di HKL.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button