SYED SADDIQ MERAJUK – PRK MUAR?

Hebahkan !!!

BEKAS MENTERI LUAH RASA SEDIH, MUAR AKAN BERDEPAN PRK?

 

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq hari ini meluahkan kekecewaan beliau terhadap entiti yang diasaskannya. Dalam luahan beliau menerusi akaun facebooknya, Syed Saddiq ternyata begitu kecewa selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia melantik Ketua ARMADA baru selepas beliau dipecat dari parti.

Baca – SYED SADDIQ MERAJUK

“I’ll march forward, saya juga akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian saya dalam BERSATU. Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan tuan” – Syed Saddiq

Jika membaca dari perspektif politik jelas menunjukkan Syed Saddiq sudah kalah dan beliau bersedia melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Muar yang dimenangi pada PRU14. Bagaimanapun segalanya hanya akan jelas bila Syed Saddiq berani tampil mengumumkan bahawa beliau sudah tidak berminat mewakili BERSATU di Parlimen.

Mungkin Syed tersilap memilih haluan dan terus berpegang kepada Tun Mahathir lantas berpatah arang berkerat rotan dengan kepimpinan parti terutama Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin. Sebelum ini Syed lantang mengkritik kerajaan yang diterajui Muhyiddin dan sanggup bersama Mahathir walau tahu Mahathir sendiri meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri tanpa paksaan mana mana pihak. Kekalutan dalaman PPBM semasa masih bersama Pakatan Harapan menyaksikan pelbagai polemik perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar. Seringkali Mahathir diingatkan agar menghormati perjanjian serah kuasa selepas 2 tahun namun beliau memilih untuk kekal sehingga Sidang APEC yang dijangkakan pada November 2020.

Jika Syed Saddiq mempunyai intergriti dan bertanggungjawab, beliau boleh memilih samada kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas atau melepaskan kerusi Muar untuk tidak terus menanggung beban selaku ahli politik tidak berparti. Pisau sudah ditangan, hanya memilih memotong atau dipotong. Seharusnya Syed Saddiq bersikap lebih matang jika ingin terus berpolitik walau tanpa parti dan percaya akan kemampuan diri sendiri.

Individu yang perlu Syed persalahkan ialah Tun M kerana jika bukan kerana sikap GILA KUASA sudah pasti Pakatan Harapan masih lagi memerintah dan Muhyiddin tidak menjadi Perdana Menteri sekarang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: