PAKATAN HARAPAN NEGERI SEMBILAN BAKAL TUMBANG MINGGU DEPAN?
4 LAGI ADUN LAGI BAKAL ISYTIHAR BEBAS SELEPAS MARY?
Seorang ADUN Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan keluar parti sekaligus menjadi Adun Bebas dalam sejarah kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Mary Josephine telah menghantar surat perletakan jawatan dan keluar DAP kepada Speaker DUN Negeri Sembilan pagi tadi melalui serahan tangan.
Bagaimanapun Mary kekal menyokong Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Namun demikian desas desus kuat bertiup akan ada sekurangnya 4 orang ADUN bakal bertindak seperti Mary dan menjadi Adun Bebas. Jika ini terjadi maka kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar akan terjejas sekaligus mendatangkan risiko pertukaran kerajaan berlaku.
Mengikut kedudukan kerusi Dun Negeri Sembilan Pakatan Harapan mempunyai 19 kerusi, BN 16 dan Bebas 1. Mengikut hitungan seandainya 4 orang ADUN tidak termasuk Mary mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas secara automatik PH tinggal 15 kerusi dan hilang majoriti di dalam kerajaan negeri.
4 orang ADUN yang dikhabarkan akan keluar PH pula tidak diketahui samada akan menyokong pihak mana namun dipercayai menjurus ke Perikatan Nasional dan terus kekal bebas di peringkat negeri. Bagaimanapun pihak kami menganggap perkara tersebut hanyalah berita angin sehingga mereka yang dikaitkan mengesahkan sendiri.
Menurut sumber yang enggan dikenali, kegiatan melobi sokongan sedang berjalan dan diperhebatkan oleh penyokong Aminuddin di kawasan tertentu namun apa bentuk lobi tidak diketahui. Sumber juga menyatakan Aminuddin seakan berada dalam kegelisahan semenjak menghidu perancangan ADUN yang akan beralih sokongan daripadanya.
Setakat ini Kedah, Perak, Melaka dan Johor sudah beralih kerajaan negeri sejak Pakatan Harapan tumbang di peringkat pusat pada akhir Februari lepas. Kini yang tinggal hanya Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah masih kekal bekerjasama dalam Pakatan Harapan. Apa juga tindakan di ambil, kebajikan rakyat perlu diutamakan dan jangan diabaikan semata-mata kerana mengejar keuntungan politik diri sendiri.