Kereta terbakar, pemandu rentung

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta terbakar dengan pemandunya ditemui rentung di Jalan PJS 11, Bandar Sunway berhadapan pusat beli belah Sunway Pyramid dekat sini, malam tadi.

Kejadian disedari orang awam sebelum dilaporkan kepada Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerusi panggilan MERS 999 jam 7.57 malam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata siasatan awal mendapati kereta dipercayai jenis PROTON itu berada di atas pembahagi jalan dan terbakar.



“Kereta terbabit dipercayai terbabas sebelum terbakar sehingga menyebabkan kenderaan itu musnah sepenuhnya.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya turut dikejarkan ke lokasi dan berjaya memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang mangsa dipercayai pemandu ditemui rentung dalam kenderaan terbabit, bagaimanapun identitinya tidak dapat dipastikan lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading