Piala Uber: Pemain ‘gembira’ bila sakit – Rexy

Piala Uber: Pemain ‘gembira’ bila sakit – Rexy

Piala Uber: Pemain ‘gembira’ bila sakit – Rexy
SKUAD Piala Uber negara tidak pulang tangan kosong selepas mencatat kemenangan menentang Australia. – AFP

TIADA semangat juang ketika tewas 0-5 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan B Isnin lalu menjadi punca kegagalan skuad badminton wanita negara tersingkir daripada saingan Piala Uber 2024 di Chengdu, China.

Keadaan itu menyebabkan Pengarah kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menyuarakan kekesalan, terutamanya apabila beliau mengharapkan pemain-pemain negara, terutamanya dalam acara perseorangan untuk cuba memberikan tentangan sengit.

Pengendali dari Indonesia itu turut mendedahkan, ada segelintir pemain yang berasa gembira dan lega sekiranya mengalami kecederaan kerana tidak perlu untuk menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan.



“Cara mereka berfikir sangat berbeza. Sekiranya sakit mereka rasa gembira, padahal orang lain menangis dan menyesal tidak dapat bermain, sedangkan pemain kita rasa selamat kerana ponteng latihan.

“Jika tidak boleh lawan diri sendiri, macam mana mahu cabar pemain-pemain negara lain,” katanya sebaik menyaksikan pasukan negara menamatkan saingan Piala Uber di tempat ketiga Kumpulan B.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Majlis Peguam Saman Siapa Sebenarnya?




Sebagai rekod, Malaysia mencatat dua kekalahan, termasuk tewas 1-4 kepada Taiwan selain dibelasah 0-5 oleh Thailand sebelum mencatat kemenangan 4-1 ke atas Australia pada aksi terakhir kelmarin.

Rexy juga tanpa berselindung mengakui kecewa dengan prestasi perseorangan, Siti Nurshuhaini Azman yang mensia-siakan banyak peluang mendapatkan mata ketika tewas 5-21, 8-21 kepada Busanan Ongbamrungphan semasa bertemu Thailand.

“Saya perlu jujur kerana Siti Nurshuhaini nampak seperti tiada usaha untuk mengangkat semula pukulan lawannya, kita memang jangka dia kalah, namun mahu lihat juga usaha untuk melawan,” ujarnya.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Uber adalah pada edisi 2010 di mana pasukan negara melangkah ke suku akhir sebelum tewas kepada 0-3 kepada juara 15 kali, China. – KOSMO! ONLINE



Piala Uber: Pemain ‘gembira’ bila sakit – Rexy

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Permohonan Tengku Zafrul Failkan Afidavit Tambahan Di Tolak Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button