Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah

Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah

Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah
Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan daripada hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas seorang lelaki etnik Kenyah yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran untuk bernafas pada Isnin.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata bedah siasat telah dijalankan di Hospital Miri, Sarawak hari ini.

Beliau berkata, ujian pengesahan COVID-19 telah dijalankan ke atas si mati dan hasil keputusan adalah negatif.



“Punca kematian adalah disebabkan pendarahan dalam perut akibat penyakit hati yang kronik. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Azri berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang lelaki Kenyah yang ditahan atas kesalahan ugutan jenayah dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, Sarawak selepas mengadu sakit dada dan kesukaran untuk bernafas, Isnin lepas.

Azri dilaporkan berkata, orang kena tahan berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 10.30 malam oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Beluru di Marudi. – BERNAMA



Tiada kecederaan berunsur jenayah terhadap kematian OKT etnik Kenyah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading