Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

Fakta bahawa DS Najib tidak mendapat keadilan dalam perbicaraan beliau, tidak siapa boleh nafikan.

Begitu juga fakta bahawa pendakwaan ke atas DS Najib merupakan satu pendakwaan bermotifkan politik juga tidak boleh dinafikan.

Kini DS Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.



Ini bermakna, sekiranya beliau tidak mendapat pengampunan, DS Najib akan dipenjarakan sehingga bulan Ogos 2030.

Tempuh 8 tahun setelah diambil kira bilangan hari cuti yang ditolak serta berkelakuan baik.

Di samping itu, sebelum DS Najib dibebaskan pada Ogos 2030, beliau juga mesti menjelaskan denda sebanyak RM210 juta.

Sekiranya gagal, maka hukuman penjara tersebut akan ditambah sebagai menggantikan jumlah denda yang tidak dibayar.



Bagaimana formulanya, penulis kurang arif.

Persoalannya, apakah penyokong DS Najib dan ahli UMNO yang bersimpati dengan beliau tega melihat DS Najib dipenjarakan sehingga 2030?

Sebagai warga yang mendokong Kedaulatan Undang Undang serta keadilan, kita sudah pasti tidak mahu perkara itu berlaku.

Bukan hanya kerana beliau adalah DS Najib, seorang mantan perdana menteri dan mantan presiden UMNO yang telah banyak menabur bakti.



Tetapi lebih dari itu, ianya adalah kerana kita menjunjung prinsip Kedaulatan Undang Undang serta keadilan.

Namun begitu, sedarkah kita semua, isu keadilan DS Najib ini sebenarnya sedang ditunggang tanpa simpati oleh musuh UMNO?

Mereka mendakwa kononnya, sekiranya UMNO ditimpa kekalahan yang teruk dalam PRN 6 negeri, maka kerajaan pusat yang sengaja membiarkan DS Najib tanpa pembelaan, akan dapat ditukar.

Dakwa mereka lagi, perdana menteri serta kerajaan yang bakal ditubuhkan nanti akan memastikan DS Najib dibebaskan dengan segera.



Dr Mahathir sudah bersama mereka dan ini menguatkan lagi dakwaan mereka.

Kata mereka, bukankah Dr Mahathir pernah membebaskan Anwar Ibrahim begitu sahaja.

Jadi, kalau Anwar boleh dibebaskan, tidak ada sebab mengapa DS Najib tidak boleh mereka bebaskan.

Bertindak Bijak, Bezakan Antara Fakta Dengan Auta

Ramai akar umbi yang terpengaruh dan kini berada dalam keadaan berbelah bagi sama ada mahu terus memberikan sokongan kepada UMNO atau sebaliknya.



Cuba kita semak fakta yang terbentang di hadapan mata kita.

Yang merancang pendakwaan ke atas DS Najib adalah Dr Mahathir.

Yang mahu memenjarakan DS Najib adalah Muhyiddin Yasin.

Dan DS Najib dipenjarakan di era Ismail Sabri menjadi perdana menteri.



Apakah mungkin musuh yang begitu kejam akan ada rasa simpati terhadap orang yang telah lama beliau berdendam?

Benar, Dr Mahathir pernah membebaskan Anwar Ibrahim, tetapi adakah senario ketika itu sama seperti sekarang?

Selepas PRU 14, Dr Mahathir tahu, beliau tidak mungkin boleh menjadi perdana menteri tanpa sokongan Anwar Ibrahim.

Begitu juga selepas menjadi perdana menteri, beliau sedar, sekiranya beliau mungkir janji, pada bila-bila masa beliau akan disingkirkan.

Dengan keadaan terpaksa, beliau membebaskan Anwar Ibrahim.

Tetapi, apa yang beliau lakukan terhadap Anwar Ibrahim selepas itu?

Kini Dr Mahathir tidak mempunyai kuasa, malah tidak ada parti.

Malah, hasrat beliau supaya anak beliau Mukhriz menjadi menteri besar juga sudah berkubur.

Beliau tidak akan rugi apa-apa sekiranya beliau memungkiri janji kepada penyokong DS Najib dan tidak ada apa yang penyokong DS Najib boleh lakukan.

Manakala Muhyiddin dan Ismail Sabri pula, yang mereka mahu adalah kuasa dan melepaskan diri dari pendakwaan mahkamah.

Betul, Ismail Sabri dari UMNO.

Tetapi apakah kita lupa mengenai rakaman audio antara Setiausaha Politik beliau dengan seorang mantan ahli parlimen?

Lupakah kita pada perjanjian sulit antara beliau dan Muhyiddin sebelum beliau dilantik sebagai perdana menteri?

Memboikot UMNO Berarti Mahu Membiarkan DS Najib Kekal Dalam Penjara

Malangnya, masih ada lagi akar umbi UMNO yang tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata.

Kerana kelicikan mereka menunggang isu keadilan untuk DS Najib, UMNO menerima padah dalam PRU 15.

Apakah kita akan terus beremosi dan terpengaruh dengan tipu daya mereka?

Sampai bila akar umbi UMNO mahu diri mereka terus ditunggang oleh musuh DS Najib dan musuh UMNO?

 

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button