Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

Sebelum ini presiden UMNO, DS Zahid Hamidi pernah menegur sayap UMNO supaya lebih ikhlas dalam perjuangan.

Dalam teguran tersebut, secara terbuka DS Zahid mendedahkan, sumbangan sayap UMNO dalam menghadapi PRN tidak begitu menggalakkan.

Teguran presiden UMNO itu dijawab oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Salleh.



Beliau berkata sudah tentu beliau ikhlas dalam perjuangan.

Kerana itulah beliau masih lagi berada dalam UMNO walau pun parti mengalami kekalahan teruk dalam PRU 15.

Bagi penulis, masih berada dalam parti bukanlah jaminan kepada keikhlasan perjuangan seseorang ahli politik.

Kluster pengkhianat juga terus berada dalam parti, walau pun UMNO kehilangan kuasa dalam PRU 14.



Tetapi kehadiran mereka bukan memperkasakan parti, tetapi untuk membantu agenda musuh untuk menghancurkan UMNO.

Terkini, presiden UMNO, DS Zahid sekali lagi diserang oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam ucapan beliau di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan, Fadhli berkata, sekiranya kes DS Zahid digugurkan, maka ia adalah paku terakhir untuk keranda UMNO.

“Bunyi khabar esok, ada satu perkembangan akan berlaku dalam kes melibatkan presiden Umno”.



“Kita nak nyatakan malam ini sebelum ia berlaku esok (hari ini), kalau terjadi sungguh hebatlah tekaan kita”.

“Kalau betullah pendakwaan terhadap Ahmad Zahid Hamidi digugurkan, ia akan menjadi paku yang terakhir di atas keranda Umno,’ kata Fadhli.

Sebenarnya, apa yang diucapkan oleh Fadhli merupakan bola tanggung percuma yang diberikan kepada UMNO.

Ucapan Fadhli boleh dianggap penghinaan kepada mahkamah kerana cuba mempengaruhi keputusan kes yang belum diputuskan oleh mahkamah.



Malah, pihak pendakwaraya sendiri belum membuat keputusan ke atas petisyen yang dikemukakan oleh pihak pembela.

Tetapi seperti biasa, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO terus menyepikan dari dari menangkis serangan musuh.

Mungkin benar kata Dr Akmal, mereka bertiga ikhlas, tetapi lembap dalam menangani serangan musuh.

Orang yang lembap, tidak layak dijadikan pemimpin!!!



 

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button