UMNO Atau PAS Yang Suka Tikam Belakang?

UMNO Atau PAS Yang Suka Tikam Belakang?

UMNO Atau PAS Yang Suka Tikam Belakang?

Dalam kempen politik di Lenggeng, Negeri Sembilan, Timb Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa UMNO akan makan kawan bila semakin berkuasa.

Beliau mengambil beberapa contoh untuk menyokong dakwaan beliau.

Antaranya beliau menuduh UMNO sebagai punca mengapa mantan Menteri Besar Perak dari PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja) kehilangan kuasa.



Tuan Ibrahim juga menjadikan keputusan UMNO menarik sokongan dari Kerajaan PN hingga menyebabkan Muhyiddin disingkirkan dari Putrajaya sebagai contoh.

Sama ada Tuan Ibrahim tidak tahu atau sengaja pura-pura tidak tahu, parti mana yang sebenarnya menjadi penggerak kepada usul undi percaya terhadap Peja.

Begitu juga mungkin Tuan Ibrahim lupa, punca sebenar UMNO menarik sokongan dari Kerajaan PN adalah kerana penipuan yang dilakukan oleh Takiyuddin di dalam parlimen.

Takiyuddin bukan sahaja menipu ahli parlimen, malah Takiyuddin menipu YDP Agong serta seluruh rakyat Malaysia.



Penipuan Takiyuddin telah menyebabkan Istana Negara mengeluarkan kenyataan media serta merta untuk mendedahkan penipuan Takiyuddin.

Dan Tuan Ibrahim juga mungkin tidak melihat buku sejarah PAS dalam politik tanah air.

Sebutkan sahaja parti mana yang PAS tidak pernah khianati.

Dari UMNO hinggalah kepada Semangat 46, PKR dan DAP, semua sudah dikhianati oleh PAS.



Lupakah Tuan Ibrahim parti mana yang telah menghancurkan Muafakat Nasional?

Atau mungkinkah Tuan Ibrahim tidak tahu pengkhianatan yang PAS lakukan terhadap PKR dan DAP?

Bolehkah Tuan Ibrahim nafikan bahawa PAS pernah mengkhianati Semangat 46 hingga Tengku Razaleigh menggelarkan PAS sebagai pelacur politik.

Janganlah jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi.



Hormatilah serban yang ada di atas kepala, kerana ianya adalah pakaian sunnah.

 

UMNO Atau PAS Yang Suka Tikam Belakang?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button