“TUBUH PARTI BARU KALAU KALAH DI MAHKAMAH” – MAHATHIR ‘BLACKOUT’
MAHATHIR TIDAK AKAN KERJASAMA DENGAN ANWAR
Malam semalam berlangsung satu program dinamakan ‘BERSATU BLACKOUT’ di sebuah hotel terkemuka di Alor Setar. Siaran secara langsung sessi ceramah diadakan dalam talian facebook dan 80% komen netizen memerli isi kandungan ceramah tersebut.
Bagaimanapun sessi soal jawap antara peserta dan panel tidak disiarkan pihak berkenaan. Dipercayai pihak mereka enggan lagi mendapat respon yang mengkritik Tun Mahathir yang acapkali menyebut nama NAJIB RAZAK sebagai inipati ceramah. Bukan hanya Tun malah Mukhriz Mahathir turut meratib nama Najib dalam ceramah sebelum itu.
Antara soal jawap yang sempat dicatatkan ialah jawapan Tun M kepada audien. Menurut SUMBER perkara tersebut telah disahkan oleh pemberi maklumat yang berada turut serta dalam program tersebut.
TUN DR MAHATHIR TAK AKAN BEKERJASAMA LAGI DENGAN DATUK SERI ANWAR DAN AKAN USIR TAN SRI MUHYIDDIN KELUAR DARI BERSATU?
Berikut disiarkan sesi soal jawab antara hadirin dan Tun Dr Mahathir di TH Hotel malam tadi seperti dicatatkan oleh seorang rakan yang hadir.
Soalan hadirin 1: Apakah Tun Dr Mahathir akan menubuhkan parti baru?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada keputusan mahkamah pada 7 Ogos 2020. Jika saya kalah kes, saya akan menubuhkan parti baru tetapi jika saya menang kes, saya akan ambil-alih BERSATU dan usir Tan Sri Muhyiddin keluar dari BERSATU.
Soalan hadirin 2: Datuk Seri Faizal Azumu mengaku dia anak angkat Tun Dr Mahathir, apakah betul Datuk Seri Faizal Azumu adalah anak angkat Tun Dr Mahathir?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Saya hanya ada 7 orang anak dan Datuk Seri Faizal Azumu bukanlah anak angkat saya.
Soalan hadirin 3: Apakah ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian dengan memakai baju hitam dan bersemuka secara terbuka.
Soalan hadirin 4: Apakah ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Ahli BERSATU BLACKOUT perlu menghadiri persidangan BERSATU Bahagian dengan memakai baju hitam dan bersemuka secara terbuka.
Soalan hadirin 5: Apakah benar semua ahli BERSATU BLACKOUT yang bertanding dalam pemilihan BERSATU adalah terkeluar secara automatik?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Jika saya menang kes mahkamah pada 7 Ogos 2020, saya akan usir Tan Sri Muhyiddin keluar dari BERSATU.
Soalan hadirin 6: Apa persediaan BERSATU BLACKOUT untuk menghadapi PRU 15?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada ahli-ahli yang ada.
Soalan hadirin 7: Jika Tun Dr Mahathir menubuhkan parti baru apakah parti baru ini akan bekerjasama balik dengan PH?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Parti baru ini tidak akan bekerjasama balik dengan PH kerana PH masih mahukan Datuk Seri Anwar sebagai PM. Saya memang tidak boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar.
Soalan hadirin 8: Apakah matlamat kita sekarang, mahu mengambil-alih BERSATU atau mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan negara dan bila deadlinenya?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Pada mulanya kita mahu mengambil-alih tampuk pemerintahan Negara tetapi gagal, sekarang kita terpaksa tunggu PRU 15 di mana BERSATU BLACKOUT bebas untuk tentukan mahu bekerjasama dengan parti mana.
Soalan hadirin 9: Apakah Tun Dr Mahathir akan mempertahankan kerusi Langkawi dalam PRU 15?
Jawapan Tun Dr Mahathir: Bergantung kepada keadaan.
(Mohon sesiapa yang mempunyai rakaman sesi ini dapat mengongsikannya bagi memastikan keseluruhan catatan ini adalah tepat)