Sensasi Umar pecah rekod dua kali di Chengdu

Sensasi Umar pecah rekod dua kali di Chengdu

Sensasi Umar pecah rekod dua kali di Chengdu
UMAR memecah rekod kebangsaan buat kali kedua pada Universiade Chengdi sewaktu separuh akhir 3, sehari selepas memperbaharui catatan di peringkat saringan semalam.

BINTANG olahraga negara, Umar Osman berpotensi besar merakam masa menakjubkan dengan catatan bawah 46 saat (s) apabila turun pada final 400 meter (m) Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China hari ini.

Umar yang akan genap usia 20 tahun pada 11 Ogos ini, terus mencipta sensasi tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam dengan masa baharu 46.09s semalam.

Atlet dari Johor itu merakam masa tersebut sewaktu separuh akhir 3 di Stadium Shuangliu sehari selepas memecahkan rekod kebang­saannya di peringkat sari­ngan dengan catatan 46.33s di peringkat saringan kelmarin.



“Hari ini (semalam) saya berjaya kurangkan masa saya hampir 0.30 saat. Namun, saya perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan catatan sub-46 dan saya akan cuba lakukannya di final esok (hari ini),” kata Umar.

Menariknya, masa dilakukan Umar semalam adalah catatan keempat terpantas di separuh akhir, di belakang Nathaniel Reece Holder (Australia) 45.75s, Naohiro Jinushi (Jepun) 45.90s dan Kenki Imaizumi (Jepun) 46.01s.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Politiking’ siapa dalam PAS yang benam legasi Nik Aziz?




Empat lagi wakil final hari ini ialah Mateusz Piotr Mateusz Rzeniczak (Poland) 46.11s, Nhlanhla Bongan Maseko (Afrika Selatan) 46.26s, Joao Ricardo Agostinho Coelho (Portugal) 46.60s dan Mihai-sorin Dringo (Romania) 46.90s.

Jurulatih Umar iaitu Simon Lau yakin anak didiknya itu mampu memecahkan rekod kebangsaan tersebut buat kali keempat tahun ini selepas kali pertama ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 pada Mei lalu.

“Tidak mustahil dan mungkin juga bawah 46s,” kata Simon yang membimbing Umar sehingga berjaya memecahkan rekod kebangsaan 46.41s milik Mohd. Zaiful Zainal Abidin dengan masa 46.34s di Kemboja ketika itu.

Sensasi Umar pecah rekod dua kali di Chengdu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading