~ VIDEO ~ SUASANA SEDIH ANAK MURID ENGGAN LEPASKAN GURU
TIADA UCAPAN MELAINKAN RAUNGAN SEDIH
[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/07/23.7.2020-MATA-MASUK-ABUK-Jadilah…_20200723_1.mp4[/KGVID]
Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan sedih murid-murid sebuah sekolah di Semporna, Sabah. Dalam klip video berdurasi 3 minit 52 saat, hanya rayuan serta tangisan sedih kedengaran dan adegan peluk memeluk antara murid dan guru. Dipercayai guru tersebut akan berpindah dari sekolah berkenaan dan perkara ini sukar untuk diterima murid sekolah berkenaan.
Inilah sebahagian contoh guru yang memberi segalanya untuk Anak Bangsa tanpa mengira latar belakang kaum atau diskriminasi. Seorang individu yang juga seorang guru CR MUHAMMAD AZMI ABDULLAH di laman facebook beliau.
Antara ungkapan beliau – 23.7.2020 MATA MASUK ABUK
Jadilah guru…
Hadirmu dirasai…
Pergimu dirindui…
Kredit buat guru ini. Saya tumpang bangga. Tahniah cikgu. Moga terus menabur bakti buat anak-anak didik tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan lain-lain. Terima tanpa syarat.
” Cikgu sayang kamu semua…”