Belanda mampu jadi juara – Van Gaal

AMSTERDAM: Pengendali Belanda, Louis Van Gaal mendedahkan dia beberapa kali berdepan situasi serba-salah ketika menghubungi pemain-pemainnya bagi mengumumkan skuad 26 pemain ke Piala Dunia 2022.

Pemain tengah Bayern Munich, Ryan Gravenberch, pemain Manchester United, Donny van de Beek, pertahanan Newcastle, Sven Botman dan penjaga gol berpengalaman Jasper Cillessen antara yang digugurkan Van Gaal.

Van Gaal mengakui ia panggilan yang sukar dilakukan untuk memberitahu pemain yang mereka digugurkan, malah dia turut mendapat beberapa situasi mengejutkan dalam proses menghubungi pemain-pemain itu.

“Bukan mudah untuk menyampaikan mesej yang mereka tidak disenaraikan. Saya menghabiskan masa sejam 45 minit untuk menjelaskan keputusan saya kepada pemain-pemain menerusi FaceTime.

“Ia bukan tugas yang mudah. Saya juga mengambil kira yang beberapa pemain beraksi di England.

“Saya melihat beberapa pemain belum berpakaian kerana mereka baru bangun tidur,” kata Van Gaal.

Botman, yang menyertai Newcastle United dari Lille pada musim panas lalu, turut digugurkan daripada senarai.

Gravenberch tercicir akibat saingan sengit di posisinya manakala Van de Beek gagal mendapatkan cukup minit permainan di United musim ini.

Belanda dibarisi pemain-pemain berbakat ke Qatar, antaranya bintang Liverpool, Virgil van Dijk, Matthijs de Ligt, Frenkie de Jong dan Cody Gakpo.

Van Gaal berpuas hati melihat barisan pemain yang akan membawa cabaran kali ini dan dia yakin Belanda mempunyai peluang baik di Qatar nanti.

“Kami mempunyai peluang untuk memenangi Piala Dunia. Tidak ramai pengendali berani mengatakan perkara ini, tetapi saya akan mengatakannya,” katanya.

Skuad Belanda

Penjaga gol: Justin Bijlow (Feyenoord), Remko Pasveer (Ajax), Andries Noppert (sc Heerenveen)

Pertahanan: Virgil van Dijk (Liverpool), Nathan Ake (Manchester City), Daley Blind (Ajax), Jurrien Timber (Ajax) Denzel Dumfries (Internazionale), Stefan de Vrij (Internazionale), Mathijs de Ligt (Bayern Munich), Tyrell Malacia (Manchester United), Jeremie Frimpong (Bayer Leverkusen)

Tengah: Frenkie de Jong (FC Barcelona), Steven Berghuis (Ajax), Davy Klaassen (Ajax), Teun Koopmeiners (Atalanta Bergamo), Cody Gakpo (PSV), Marten de Roon (Atalanta Bergamo), Kenneth Taylor (Ajax), Xavi Simons (PSV)

Penyerang: Memphis Depay (FC Barcelona), Steven Bergwijn (Ajax), Vincent Janssen (Royal Antwerp FC), Luuk de Jong (PSV), Noa Lang (Club Brugge), Wout Weghorst (Besiktas JK)

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker