BELUM MULA SUDAH ‘START’ GADUH – PKR vs BERSATU BLACKOUT vs BEBAS
PEREBUTAN EPIK PAKATAN HARAPAN vs PAKATAN HARAPAN
Kencang bertiup kisah perebutan meletakkan calon di Pilihanraya Kecil Slim River untuk membuktikan Pakatan Harapan masih ada sokongan rakyat. Masih beranggapan mereka mempunyai majoriti sokongan, Prk Slim River akan dijadikan pentas untuk mempengaruhi rakyat agar mengembalikan Pakatan Harapan ke Putrajaya selewatnya Oktober tahun ini.
PKR dijangkakan menampilkan seorang calon muda yang difikirkan sesuai dan berpengalaman untuk menang dan mengambil alih pentadbiran Perak sejurus PH berjaya menumbangkan PN di parlimen. Gambaran calon telah mula dibayangkan dengan watak yang mempunyai ciri-ciri yang seakan Presiden PKR sendiri. Malah dikatakan calon mereka akan menepati desas desus kemampuan menyekat pengaruh bekas Timbalan Presiden PKR yang kini tidak mempunyai kedudukan dalam mana mana parti politik tanahair. Kemampuan anak muda itu dikatakan bukan sahaja boleh membuat mana mana operator (broker) dari parti tertentu gagal mempengaruhi undi sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam masa terdekat, malah mampu menarik semula sokongan dari BERSATU BLACKOUT.
Bagaimanapun BERSATU BLACKOUT juga akan turut meletakkan calon kerana enggan memberi laluan mudah sesuai dengan kedudukan mereka kini yang tidak diketahui status keahlian parti politik. Pihak ‘BB’ sendiri telah menyatakan mereka akan memastikan tiada kemenangan mudah untuk mana mana pihak bertanding. Perlu diingatkan pengaruh Tun Mahathir sudah pasti akan digunakan dengan maksima bagi menarik sokongan semua pihak termasuk pengundi DAP di Slim River. Dikatakan ‘BB’ juga telah mengenalpasti calon mereka yang mempunyai jaringan sokongan kuat bukan sahaja di kalangan BERSATU BLACKOUT malah sokongan juga datang dari ahli PPBM yang masih bersimpati dengan pelucutan keahlian Tun M tetapi masih merahsiakan hala tuju demi menjaga kepentingan politik mereka.
Tidak kurang juga kedengaran akan ada calon Bebas turut berminat untuk bertanding. Menarik sekali calon bebas tersebut dikatakan didatangkan khas hanya untuk memberi laluan kemaraan BERSATU BLACKOUT tetapi dalam masa sama tidak memberi kelebihan kepada PKR. Percaturan PRK kali ini berbeza dengan PRK Chini dimana PKR, BERSATU BLACKOUT lebih berani tampil semata untuk menarik perhatian rakyat untuk menentukan siapa paling popular. Calon Bebas pula dikatakan akan membawa ‘restu’ dari pihak tertentu untuk calon BERSATU BLACKOUT namun sejauh mana kesahihan tidak dapat dipastikan.
Kita tunggu pada 15 Ogos ini untuk mengetahui strategi perebutan kerusi Slim River. Umno yang lebih awal menyatakan akan terus mempertahankan kerusi Slim River pula dijangkakan meletakkan calon yang paling ampuh dari sebarang serangan politik. Malah sudah ada poster dikeluarkan pihak tertentu menampilkan wajah wajah berpotensi menjadi calon.
Ada juga cadangan nakal dari kalangan pemerhati politik mengulas mengapa BN tidak menampilkan calon yang bukan sahaja dikenali dalam negeri Perak tetapi dikenali seluruh negara. Calon tersebut merupakan seorang Professor yang seringkali menjadi panel membicarakan perihal politik, mampu bertutur dengan baik, latar belakang politik yang bagus dan mempunyai kredibiliti yang sangat baik untuk dijadikan model perpaduan BN dalam mendepani maksud norma baru politik Malaysia.