UMNO JERANTUT BIDAS DAP PAHANG

KENYATAAN MEDIA UMNO BAHAGIAN JERANTUT TERHADAP TINDAKAN ADUN DAP MENCABAR KERAJAAN NEGERI PAHANG KE MAHKAMAH ISU TULISAN JAWI



UMNO Bahagian Jerantut menyelar tindakan biadap ADUN Tras, Chow Yu Hui yang telah bertindak memfailkan permohonan di mahkamah mencabar ketetapan Kerajaan Negeri Pahang bagi mewajibkan penggunaan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di seluruh Negeri Pahang.

Adalah amat keterlaluan dan sangat melampau wakil rakyat DAP ini menuduh Kerajaan Negeri Pahang memaksa pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk melaksanakan penggunaan tulisan jawi tersebut.



UMNO Bahagian Jerantut melihat tindakan ADUN ini sebagai jelas mencabar titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah agar penggunaan tulisan jawi diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan di seluruh Pahang, demi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.



Tindakan Chow Yu Hui ini jelas menunjukkan sikap dan sentimen ADUN DAP ini terhadap orang Melayu, yang perlu disedari dan diinsafi semua.

Kita telah melihat bagaimana sikap pihak tertentu terhadap penggunaan tulisan jawi sebelum ini telah membangkitkan reaksi dan suasana ketidakharmonian oleh pihak lain.

Adalah malang bagi kehidupan rakyat pelbagai kaum di negara ini apabila ketika keadaan itu mula kendur, ada lagi pemimpin DAP yang dilihat seolah-olah ‘cuba menyimbah minyak panas’ yang dikhuatiri boleh mencetuskan rasa tidak puashati pihak lain.

Tambahan dalam suasana ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidiladha ketika ini.



YB DATO NAZRI NGAH
Ketua UMNO Bahagian Jerantut



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button