DAP PERSOAL TINDAKAN TERHADAP AL-JAZEERA, MENTERI BERI JAWAPAN ‘SEMPOI’

TERESA KOK CUBA BELA AL-JAZEERA, MENTERI BAGI PERIBAHASA

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/TERESA-KOK-CUBA-MEMBELA-ALJAZERA-DI…_20200805_2.mp4[/KGVID]

Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok ketika dalam sidang dewan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menyerbu premis Media Antarabangsa Al-Jazeera. Bagaimanapun Menteri KKMM, YB Saifuddin Abdullah telah memberi jawapan awal berlandaskan undang-undang Malaysia namun Teresa masih tidak faham.

Dalam satu sedutan, jelas sekali Teresa cuba mengganggu perbahasan Ahli Parlimen Indera Mahkota dengan soalan berbaur provokasi. Saifuddin ketika memberi jawapan ‘Politik’ menggunakan peribahasa Melayu dan berharap Teresa faham maksud peribahasa tersebut.



Al-Jazeera mencetuskan kontroversi apabila menemubual seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) mengenai layanan Kerajaan Malaysia dan ‘Frontliners’ ketika menangani penularan wabak covid19. Dalam temubual tersebut, pelbagai tohmahan negatif dilemparkan terhadap layanan dan tindakan kerajaan Malaysia terhadap PATI. Perkara tersebut menimbulkan kemarahan Rakyat Malaysia dan seorang Doktor dari luar negara turut mengulas perkara tersebut. Doktor Pakar berkenaan telah menaikmuat satu video (sebelum dipadamkan) mengenai kejayaan dan cara Malaysia menangani Covid19 dan ia mendapat liputan seluruh dunia.

Agak pelik apabila Ahli Parlimen DAP cuba mempersoalkan tindakan pihak berkuasa Malaysia menyerbu dan menyiasat agensi berita terbabit. Apakah mereka (DAP) memang bersetuju dengan cara Al-Jazeera memburukkan Malaysia untuk memudahkan mereka mendapat publisiti? Tidakkah Teresa memahami penat lelah ‘Front Liners’ yang bertugas dalam keadaan mempertaruhkan nyawa mereka demi keselamatan dan kesejahteraan Rakyat Malaysia atau sengaja mencari perhatian untuk memburukkan segala tindakan yang diambil kerajaan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button