2,205 pelajar UiTM dapat rumah sewa

Terdapat banyak iklan rumah untuk disewa berdekatan kampus UiTM Shah Alam.- Gambar Hiasan.

Oleh Rohana Man

SHAH ALAM – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedang mengumpul maklumat pelajar Non Resident yang akan kembali semula ke kampus untuk memulakan sesi pengajian secara fizikal pada 11 Oktober ini.

Maklumat yang dikumpul itu bertujuan untuk melengkapkan data mengenai jumlah pelajar yang telah mendapat rumah sewa atau masih mencari rumah sewa.



Melalui hantaran laman Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam, dapatan tinjauan menunjukkan jumlah pelajar UiTM yang telah mendapat rumah sewa setakat pukul 11.20 pagi semalam adalah seramai 2,205 orang.

Statistik lengkap yang dilampirkan menunjukkan bilangan pelajar UiTM yang berjaya mendapat rumah sewa sepanjang tempoh 16 September hingga 21 September 2022 adalah seperti berikut:

16 September : 654 pelajar
17 September : 851 pelajar
18 September : 252 pelajar
19 September : 233 pelajar
20 September : 200 pelajar
21 September : 15 pelajar

Bagaimanapun ruang komen bagi hantaran Facebook itu mendapati ramai ibu bapa melahirkan rasa kecewa kerana anak-anak mereka masih tidak mendapat rumah sewa, sedangkan tarikh pendaftaran semester Oktober semakin hampir.



Antara komen tersebut adalah seperti berikut:

Shafinaz Kamal: Ramai jer lagi yang belum dapat rumah atau bilik sewa. Untuk apa tunjuk infografik ni..nak tunjuk kata buat keja ka?.

Nor Suriya Jaafar: Anak saya satu kelas belum dapat. UiTM Puncak Alam. Ada sesiapa yang boleh bagi info area sana.

Leeza ShamBall: Anak dan kawan-kawan punya score anugerah dekan masih meraba bilik tak dapat lagi, malah rumah lagi la…tunjuk tak guna kalau takat camnie.

Rohaizan Muhd Mukrin : Rumah dah dapat…tapi banyak kena bayar…deposit rumah, bayaran utiliti pun ada, sewa peti ais dan mesin basuh, bayar agreement nak masuk rumah..belum lagi citer pasal transport, makan, internet…golongan B40 kesian…M40 pun kesian sebab anak bukan seorang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker