Empat lelaki dikejar kereta peronda diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Empat lelaki dikejar kereta peronda diberkas
Kenderaan polis yang terbabas ketika mengejar suspek di Kilometer 215 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Taiping pada Isnin lalu.

Empat lelaki yang terlibat insiden kejar hingga mengakibatkan dua anggota polis cedera di Kilometer 215, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Taiping minggu lalu, berjaya diberkas semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek warga tempatan berusia 38 hingga 42 tahun itu ditangkap di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah.



Katanya, tangkapan oleh Cawangan D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu turut membawa kepada rampasan barang kes iaitu pelbagai peralatan untuk mencuri kabel.

“Hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam insiden itu serta kes-kes curi kabel di bandar Ipoh, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, permohonan reman dibuat ke atas suspek untuk siasatan lanjut dan tempoh reman selama empat hari dibenarkan bermula hari ini hingga Jumaat depan.

Kertas siasatan akan segera dilengkapkan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.



Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 29 dan 38 tahun cedera selepas kereta peronda Honda Civic 1.8 dinaiki hilang kawalan.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading