APABILA TERDESAK SENTIMEN PERKAUMAN DIMAINKAN DAP
PENDEDAHAN SIAPA SEBENARNYA DAP
Itulah taktik mereka sejak dari dahulu lagi yang bakal porak perandakan keamanan dan kestabilan negara. Menurut saudara LAU CHIN KOK yang juga seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi MCA, ini adalah cara Democratic Action Party mengalih tumpuan rakyat dari isu sebenar yang melanda pemimpin mereka.
Selepas DAP mendakwa bahawa pertuduhan terhadap Lim Guan Eng adalah satu penganiayaan politik, penyokong-penyokong DAP terutamanya dari Red Bean Army telah mula mengaitkan pertuduhan terhadap “Tokong” mereka dengan sentimen perkauman.
Kata mereka, ini kononnya satu taktik oleh Tan Sri Muhyiddin untuk mengukuhkan sokongan daripada kaum Melayu dalam kerajaan PN.
Pandai mereka cakap begini. Habis itu, kalau ikut logik DAP, apabila Dato’ Seri Najib Razak disabit bersalah, dan Datin Sri Rosmah Mansor dan Dato’ Seri Zahid Hamidi tengah didakwa di mahkamah, adakah ini bermaksud kerajaan PN menindas orang Melayu?
Memang tidak masuk akal!
DAP ini terkenal kerana asyik menguar-uarkan prinsip berani kerana benar, namun apabila pemimpin tertinggi mereka didakwa di mahkamah, mereka pula terdesak memainkan sentimen perkauman untuk menghasut kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan PN.
Mengapa mereka selalu membuat begini? Sama seperti isu pemandu mabuk, kegiatan rasuah tidak mengenal kaum dan agama dan wajar dicegah oleh semua rakyat.
Sekiranya penyokong-penyokong DAP benar-benar percaya Lim Guan Eng tidak bersalah, maka biarlah dia mempertahankan diri di mahkamah mengikut proses undang-undang. Tidak perlu membawa masuk sentimen perkauman untuk menagih simpati.
Sebaliknya, penyokong-penyokong DAP ini boleh membantu menjawab hujah-hujah yang dibangkitkan Ketua Publisiti MCA, Sdri Chan Quin Er:
1) Projek terowong dasar laut tidak diberi secara tender terbuka, sebaliknya melalui RFP (Request for Proposal)
2) Adakah setiausaha kerajaan negeri yang mempengerusikan jawatankuasa tender benar-benar tidak berat sebelah?
3) Walaupun tiada wang dibayar, tetapi tanah kerajaan negeri bernilai RM208 juta telah ditukar milik kepada syarikat konsesi.
Tiada ubahsuai dilakukan dalam penulisan ini.