3 PENJURU PRK N58 SLIM RIVER, CALON MAHATHIR AKAN MENANG?

TENTANGAN LEBIH KUAT TERHADAP BN DI SLIM RIVER

Pilihanraya N58 Slim River meletakkan satu tanda aras baru sebagai ujian kepada semua pihak yang bertanding kali ini. Dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 23,094 pengundi Prk Slim membawa dimensi baru perang saikologi politik. Dalam gambaran nampak Barisan Nasional akan menguasai Prk sepertimana dilakukan sepanjang 6 Prk sejak Cameron Highlands. Bagaimanapun tentangan calon bebas yang mendapat dokongan Tun Mahathir tidak boleh dipandang ringan.



Pecahan pengundi pula seperti berikut –

  • Lelaki – 11,447
  • Perempuan – 11,647
  • Pengundi Biasa – 22,815
  • Pengundi Awal – 277
  • Pengundi Melayu – 17,247
  • Pengundi Cina – 2,394
  • Pengundi India – 3,021
  • Lain – lain – 432
  • Keseluruhan – 23,094

Melihat pecahan ini, calon bebas tajaan Tun Mahathir mempunyai peluang yang agak baik berbanding calon BN atas beberapa faktor. Antara ‘Key Facto’ yang akan digunapakai oleh calon bebas (Tun M) ialah nilai sentimental dan penghargaan buat Dr Mahathir itu sendiri. Elemen simpati kerana dikhianati parti sendiri hingga membawa pemecatan akan ditekankan kepada pengundi sebagai peringatan ‘Mandat Rakyat’ yang diterima Pakatan Harapan pada Pru14 berkubur kerana ketamakan kuasa di sebelah pihak.



Dengan kerjasama Pakatan Harapan (DAP dan AMANAH) untuk bersama menggerakkan kempen calon bebas, kandungan ceramah hampir pasti menjurus soal pentadbiran 22 bulan PH serta politik dendam yang dikenakan terhadap pemimpin PH selepas mereka tumbang di Persekutuan. Semua ini akan digarap dalam bentuk skrip seperti ucapan sebelum Pru14 dan diterjemahkan dalam sessi ceramah atau pertemuan kecil-kecilan semasa kempen diadakan. Perlu diingatkan calon bebas yang disokong Mahathir juga mencipta sejarah calon bebas pertama menerima watikah sokongan dari sebuah parti yang baru ditubuhkan tetapi masih belum ada kelulusan ROS dan mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan. Ini bermakna kempen kali ini lebih meriah tidak seperti calon bebas yang bertanding dalam PRK sebelum ini.

Bagi pengundi Melayu yang bersimpati dengan Tun Mahathir, mereka sudah pasti akan memberi undi kepada calon bebas. Itu belum diambil kira undi daripada ahli ahli PPBM yang masih percaya dan sayangkan Mahathir tetapi tidak berani menampakkan sokongan secara terang-terangan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Perak) yang pertama kali akan bergerak bersama BN, Umno dan Pas perlu membuktikan sokongan dengan terjemahan undi mereka memihak kepada calon BN. Tugas yang agak berat menanti mereka kerana slogan ‘Undi Itu Rahsia’ dan jika calon BN hanya sekadar memenangi undi seperti keputusan PRU14 maka kerjasama PPBM akan dikategorikan sebagai GAGAL. Untuk melihat kerjasama ini mendapat kepercayaan rakyat, pertambahan undi perlu dijadikan ukuran sebenar sokongan dan bukan bergantung semata-mata kepada jumlah undi yang lepas. Disinilah perlunya PPBM memberi komitmen yang tinggi bagi menarik kembali sokongan ahli mereka di Slim River daripada memberi undi simpati kepada calon bebas. Persoalannya MAMPUKAH PPBM Perak melaksanakan tugasan itu?



Pengundi Cina perlu diperhatikan kerana DAP sudah pasti akan menggunakan kisah Setiausaha Agung mereka sebagai modal kempen. Gambaran Lim Guan Eng ‘dikenakan’ oleh Kerajaan sediada akan berkumandang dan kerjasama Umno-PAS pula dimomokkan mampu bertindak lebih keras terhadap kaum lain jika diberikan kuasa memerintah. MCA sebagai komponen BN perlu tampil lebih bertenaga bagi menjelaskan perkara sebenar apa yang berlaku terhadap Guan Eng adalah berlandaskan Undang-Undang yang diperuntukan dan bukannya bermotifkan politik. Kerjasama dalam kerajaan pula perlu dijelaskan tidak akan meminggirkan kepentingan mana-mana kaum di Malaysia. Menangkis propaganda murahan pihak lawan bagi mengembalikan keyakinan 2,394 pengundi Cina Slim River usah dipandang ringan kerana setiap undi itu mampu samada memberikan kemenangan atau menyebabkan kekalahan.

Difahamkan Prk Slim River menjadi pertandingan 3 penjuru tetapi tumpuan diberikan dalam pertarungan antara Kem Bebas (Mahathir dan Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional. Ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran kemana undi rakyat dalam Pru15 akan datang. Samada rakyat masih mahu memberi ruang kepada Pakatan Harapan (kerana sering dakwa mereka tidak khianat mandat rakyat) atau mahu nafas baru dalam politik tanahair yang mampu membawa pembangunan ekonomi kembali pulih dalam pasca covid19. Keberkesanan kerjasama BN, PAS dan PPBM juga akan diuji dalam Prk Slim samada mampu membentuk kerajaan yang baik untuk rakyat atau sekadar retorik politik.

Tulisan oleh – Otman Ahmad (Johor Bahru)



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button