NAJIB SERU PENEROKA FELDA KEMBALIKAN KEPERCAYAAN KEPADA BN
MASA SUDAH TIBA KEMBALIKAN KUASA KEPADA YANG TAHU TADBIR NEGARA
Bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak semasa berkempen untuk Pilihanraya Kecil N58 Slim mengingatkan peneroka apa yang berlaku kepada mereka sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan.
Dalam ucapannya Najib turut menyentuh bahaya tohmahan dan hasutan pihak tertentu terhadap golongan peneroka. Menyeru agar merenung kembali bagaimana peneroka yang tertipu dengan pelbagai janji palsu termasuk menghapuskan hutang peneroka, Najib menyatakan sudah tiba masanya peneroka kembali memberi kepercayaan kepada pihak yang benar-benar tahu mentadbir negara selain menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat Felda.