SYED SADDIQ AKUI PERANCANGAN PAKATAN HARAPAN ‘CEKIK LEHER RAKYAT’

PAKATAN HARAPAN RANCANG ‘ZALIMI’ RAKYAT SUPAYA TUNDUK KEPADA MEREKA

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/Novandri-Hasan-Basri_20200826_1.mp4[/KGVID]

Pengakuan panas dari bekas Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Muar telah mengakui perancangan ‘ZALIM’ Pakatan Harapan terhadap rakyat Malaysia. Beliau berkata demikian dalam webinar bertajuk “The Way Forward; Whats The Next Step Of Political Development”.

Terjemahan percakapan Syed Saddiq “kerajaan pakatan harapan merancang untuk menyekat kewangan untuk 2 tahun pertama, dan pada baki 3 tahun penggal sebelum pru, PH rancang untuk berbelanja besar bagi rakyat”



Dalam pada itu seorang ahli parlimen PKR mengesahkan perkara tersebut dan berpendapat PH sebenarnya membuat keputusan ‘MEMBUNUH DIRI’ apabila menyekat bantuan yang sewajarnya diberikan kepada rakyat. Lee Boon Chye menyatakan Pakatan Harapan telah membunuh imej mereka sendiri apabila menyekat kelestarian ekonomi rakyat dengan mengenakan pelbagai sekatan terhadap rakyat di mana akhirnya menyebabkan mereka (PH) bergelut dengan macam-macam masalah politik.

Artikel berkaitan – PENDEDAHAN LEE BOON CHYE

Ini satu pendedahan yang agak sukar diterima akal, bagaimana Pakatan Harapan yang sering mendakwa mereka sebagai kerajaan yang baik merancang satu bentuk KEZALIMAN terhadap rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Tun Mahathir (ketika itu) mempunyai belas kasihan kepada rakyat dan sanggup bersetuju dengan perancangan ini?



Sudahlah Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan (PH) dikatakan meluluskan 101 projek ‘Runding Terus’ bernilai RM6.6 billion tanpa pengetahuan kabinet (Azmin Ali dan Rina Harun dakwa), dalam masa sama mereka (PH) hanya pentingkan kronisme tetapi mengabaikan rakyat sambil menyatakan PH tidak mengamalkan tender ‘Direct Nego’. Rakyat tertekan dengan ekonomi yang tidak stabil sepanjang PH memerintah dan diburukkan lagi pelabur menarik keluar pelaburan kerana tidak yakin dengan PH. Peluang ekonomi tidak dijana oleh PH dan kini pendedahan panas pula diakui Syed Saddiq.

Malaysia perlu sebuah kerajaan yang stabil politik dan untuk mendapat sebuah kerajaan yang kuat PRU merupakan jalan terbaik mengembalikan keyakinan rakyat serta pelabur luar bagi menjana kembali ekonomi negara. Dalam hal ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti mengetahui perancangan tersebut memandangkan beliau turut bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan pada ketika itu. Malah Azmin Ali, Rina Harun, Zuraida Kamaruddin (sekadar memetik beberapa nama) pasti mengetahui perancangan JAHAT ini kerana mereka turut berada dalam kabinet Tun Mahathir. Kemana pula bekas Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah yang semesti mengetahui semua ini?



Adakah pendedahan serta pengakuan Syed Saddiq ini berupa satu serangan bagi menelanjangkan keburukan Pakatan Harapan atau strategi mendesak Muhyiddin mempercepatkan proses pembubaran parlimen? Rakyat memerhati semua pendedahan dengan penuh minat dan penuh kemusykilan mengapa baru kini semuanya didedahkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button