Taiwan perketat sekatan kemasukan pelawat dari Korea Selatan

SEOUL, 27 Ogos — Taiwan memperketatkan larangan kemasukan kepada pengunjung dari Korea Selatan, berikutan peningkatan semula kes COVID-19 di kebanyakan wilayah di negara itu, lapor agensi berita Yonhap.

Pelancong perniagaan yang tiba di Taiwan dari Korea Selatan mesti menjalani kuarantin selama 14 hari tanpa pengecualian, menurut Misi Korea Selatan di Taipei.

Sejak akhir Jun, Taiwan menyenaraikan Korea Selatan dalam kelompok 15 negara berisiko rendah ke sederhana, termasuk Australia, New Zealand dan Vietnam, yang menjalani tempoh kuarantin lebih singkat.

Korea Selatan melaporkan peningkatan kes sebanyak tiga kali ganda, setiap hari selama dua minggu lalu, mendorong pihak berkuasa kesihatan memutuskan sama ada untuk menguatkuasakan sekatan paling ketat sama seperti sekatan pergerakan. Negara itu menambah 441 lagi kes baharu pada Khamis.



Awal minggu ini, Singapura turut memperketat sekatan masuk dan memutuskan pelancong dari Korea Selatan dikuarantin selama dua minggu, bermula Sabtu.

Perjanjian pengecualian kemasukan khas dengan Beijing membabitkan beberapa pelancong perniagaan ke China juga digantung sementara waktu, selepas pihak berkuasa penerbangan China menangguhkan persetujuannya, menurut pegawai Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea.

— BERNAMA

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button