Humban Ke Sungai Hidup-Hidup

JAKARTA: Akibat panik sebaik mengetahui teman wanitanya hamil, seorang lelaki di Indonesia nekad membunuh pasangannya itu dengan menghumban wanita itu hidup-hidup ke sungai dalam keadaan tangan dan kakinya terikat.

Wanita malang itu, Dwi Ana, 16, mati secara tragis selepas didapati lemas di Sungai Ledeng di Pesawaran, Lampung.

Mayat Dwi Ana ditemui pemancing di sungai itu, kira-kira jam 5 petang, Jumaat lalu.



Ketua Polis Pesawaran, Vero Aria Radmantyo mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, susulan kejadian, polis menahan dua lelaki iaitu teman lelaki mangsa, Wahid, dan rakannya, Candra, masing-masing berusia 18 tahun.

Beliau berkata, kedua-dua suspek mengaku menghumban wanita itu ke sungai selepas mengikat tangan dan kaki mangsa.



“Mangsa masih hidup selepas dicampakkan ke sungai. Suspek juga menolak mangsa ke tengah sungai,” katanya.

Suspek bakal didakwa membunuh dan berdepan hukuman mati.

Vero berkata, berdasarkan soal siasat, Wahid memberitahu polis dia terpaksa melakukan jenayah itu sebaik mengetahui mangsa hamil.

Beliau berkata, lelaki itu bimbang perkara itu diketahui oleh orang tuanya.



Katanya, suspek juga memberitahu mahu melakukan sesuatu untuk menggugurkan kandungan wanita itu.

Bagaimanapun, mangsa menolak cadangan itu, menyebabkan dia tiada pilihan selain melakukan perbuatan keji itu.

hmetro via Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button