EKSKLUSIF- Rahsia Yang Tersirat Disebalik Tarikh Kemerdekaan 31 Ogos 1957 

Apkah yang tersirat dari tarikh tersebut yang perlu kita pertahankan sehingga titisan darah yang terakhir demi maruah dan nilai  yang cukup tinggi didalamnya didalam sejarah pembukaan sesabuah negara. malahan ianya mempunyai nilai  nilai yang terbaik didalam Agama Islam.

Adakah kita  berani katakan bahawa 80% daripada  penjawat yang berkedudukan didalam kerajaan  dan  banyak peringkat tidak mengetahui hal hal sedemikian. Bagaimana sukarnya untuk menentukan tarikh kemerdekaan, berdasarkan teras teras perkiraan falaq yang hebat.

Bila generasi “Y”  mereka tidak pernah mengenal  erti sebenar yang tersirat daripada tarikh mkemerdekaan  mengikut apa yang telah di falaq kian oleh Ulama mengikut kejadian  alam semesta. Mereka tidak pernah untuk mengambil tahu tentang semua itu.

Sesetengah warganegara Malaysia hanya satu persinggahan baginya, dan tiada nilai  patriotik yang seharusnya ditunjukkan. Kerana apa  kerana mereka lebih mengejar apa yang mereka inginkan sehingga lupa tentang kejadian dan sejarah kemerdekaan sesebuah Negara.

Keamanan dan kedamaian yang terhasil daripada  sikap toleransi masyarakat majmuk didalam negara ini telah menjurus kepada kestabilan dalam segenap sudut kehidupan.

Rasa semangat cintakan negara kini kian lupus dari sanubari  mereka jika terus mengambil sikap pentingkan diri dan tidak berpegang teguh dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.  Sekarang kita hanya mampu melikat laungan kemerdekaan itu dilaungkan dengan nada dan jiwa yang kosong.

Mungkin mereka lupa bahawa negara ini  pada saat penetapan tarikh bersejarah iaitu 31 . 8. 1957 itu bukan sekadar tarikh yang dipilih. Apakah mereka menyedari semua ini? Saya rasa jika mereka meyedari sem,ua ini maka  sekarang pastinya mereka akanmenolak sehingga tersungkur makan tanah  kepada pengkhinat yang bernama Anwar Ibrahim.

Alangkah malangnya genberasi baru  ini atau generasi “Y ” yang mana hanya tahu mendendangkan irama barat daripada memainkan irama nusantara. Bergitu lah yang boleh di andaikan.

Kemerdekaan negara ini dicapai dengan cara yang baik tanpa pertumpahan darah pada tarikh “Baldatun Toyyibatun” yang membawa makna “negeri yang baik dan makmur”.

Tarikh Baldatun Toyyibatun ini hanya dikongsi oleh  3 negeri /tempat di dunia ini iaitu;  tarikh pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW, tarikh penaklukan Kota Konstantinopole (Instanbul) oleh Sultan Muhamad Al Fateh dan tarikh kemerdekaan Malaya (yang kemudian dikenali sebagai Malaysia).

Sesungguhnya ulama kita telah menggunakan  Quran, kitab dan ilmu falak supaya negara yang baru merdeka menjadi aman dan makmur seperti negeri Makkah dan Instanbul pada waktu pembukaannya.

Syeikh Abdullah Fahim, yang ketika itu Mufti Pulau Pinang dan seorang wali Allah,  apabila ditanya Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman, tarikh yang sesuai untuk kemerdekaan negara telah  mencadangkan 31 Ogos 1957. Beliau menyebut dalam bahasa Arab: “am khir atana” (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957.

Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.

Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma’arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa Syeikh Fahim menggunakan alat  astrolabe kepunyaaannya (yang maseh disimpan di sekolah itu) bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail).

Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi’ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.

Rahsia Baldatun Toyyibatun-Negeri yang baik aman dan makmur melalui numerologi Islam

Tarikh Merdeka  iaitu  31 08 57 – Rahsia 3 Angka  857 adalah tahun pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan  Muhammad Al Fateh iaitu tahun 857 Hijrah/1453M.

Rahsia Angka 108 adalah 10 Ramadhan 8 Hijrah iaitu pembukaan kota Mekah.

Rahsia Angka 31 pula adalah nilai numeric Alfabet Arab iaitu AL ( Alif dicampur dengan Lam nilainya ialah 31).

Selain daripada itu rahsia angka 857 dalam nilai numeric Arab ialah Baldatun Toyyibatun.

Ba + Lam + Dal + Ta, + Tho + Ya + Ba + Ta (2 + 30 + 4 + 400 + 9 + 10 + 2 + 400 = 857)

Rahsia angka 31 adalah nilai AL. Alif + Lam ( 1 + 30 = 31)

Maka maknanya tanggal 31 bulan 08 tahun 57 ialah AL-Baldatun Toyyibatun (Si Negeri yang baik aman dan makmur).

Rujuk Baldatun Toyyibatun Surah Saba’ ayat 15.

Terjemahan ayat

“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba` satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kariah mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!”-Surah Saba Ayat 15

Syeikh Abdullah Fahim secara hakikat telah mengikat (binding) angka pembukaan kota Mekah 10 Ramadhan 8 Hijrah dengan angka pembukaan kota Konstantinople 857 Hijrah dengan angka tarikh kemerdekaan Malaysia maka jadilah 310857.

Oleh itu tarikh kemerdekaan Malaysia adalah satu ikatan binding antara Pembukaan Kota Mekah dan Pembukaan Kota Konstantinople (Daulah Turki Uthmaniyah).

Tarikh inilah rahsianya menjadikan Malaysia aman dan makmur dan selamat daripada berbagai-bagai ancaman dengan IZIN ALLAH AZZA WA JALLA berkat ilmu Falak Tuan Guru Syeikh Abdullah Fahim- Al Fatihah.

Leave a Reply