WEE KA SIONG ‘KANTOIKAN’ ANTHONY LOKE (DAP)

CUBAAN PUTAR BELIT DAP

Ahli-Ahli Parlimen DAP tak habis-habis lagi nak memutarbelit dan menutup kesilapan mereka yang diakui sendiri oleh Anthony Loke di Kabinet bertarikh 19 September 2018 berbunyi:

“Kos sebenar KVDT2 hanya antara RM3bil hingga RM3.5bil kalau ditender semula”.

Kalau dah tau kos sebenar hanya sekitar RM3bil – RM3.5bil, kenapa pula selepas 10 bulan iaitu pada 2 Julai 2019, Kabinet PH meluluskan projek KVDT2 yang asalnya telah dibatalkan oleh Kabinet PH pada 19 Oktober 2018, akhirnya diluluskan secara RUNDINGAN TERUS dengan harga RM4.475bil!

Ini bermakna terdapat “overprice” sekitar RM1bil hingga RM1.5bil berbanding dengan anggaran Anthony Loke. 1001 persoalan, kenapa Anthony bersama 5 pemimpin DAP lain yang ada di dalam Kabinet TIDAK MEMBANTAH sebaliknya disokong penuh? Pelik, pelik, pelik!

Lagi satu, DAP asyik nak mengelirukan rakyat tentang kononnya ada penjimatan 15% (pengurangan kos). Sedangkan SEBENARNYA ia lebih menjurus kepada PENGURANGAN SKOP KERJA.

Di sini, saya lampirkan laporan media sebagai bukti mantan Menteri Pengangkutan Anthony Loke MENGESAHKAN pengurangan skop kerja dan menaiktaraf 10 stesen di sepanjang laluan KVDT2 akan DITANGGUNG oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) milik sepenuhnya Kerajaan Malaysia. RAC yang bina? Siapa pula membayar kosnya?

Saya juga dapati skop kerja asal mitigasi banjir projek KVDT2 turut dikurangkan oleh PH. Kalau berlaku banjir kelak, siapa pula menanggung kos pembaikan?



Sebagai kesimpulan, biarlah saya beri contoh yang paling mudah difahami oleh rakyat jelata.

Katakan harga sepinggan nasi goreng ayam (KVDT2) ialah RM10. Kalau kurangkan kuantiti (skop kerja) nasi goreng ayam tersebut menjadikan harganya RM8.50 ATAU harga asal nasi goreng ayam dikurangkan kepada RM8.50 dan selebihnya (RM1.50) ditanggung oleh pihak lain (RAC yang juga milik kerajaan), itu bukanlah penjimatan (bagi kerajaan), tetapi sebenarnya “ubah skop asal” atau pihak lain (RAC) yang tolong bayarkan.



Tapi, kalau dirunding dengan pihak restoran (kontraktor) dan dapat harga nasi goreng ayam dengan harga RM8.50 tanpa pengurangan kuantiti (TANPA pengurangan skop kerja) atau “diskaun” RM1.50 TIDAK PERLU ditanggung oleh pihak lain (RAC yang juga milik kerajaan), maka ini barulah dikatakan sebagai penjimatan! (kepada kerajaan)

Sumber – DATO SERI WEE KA SIONG, MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Leave a Reply