Butang Panik, Azmin Ali Bakal Tukar Portfolio?

Azmin Ali Bakal Tukar Portfolio
Menteri Kanan MITI
DS Azmin Ali

Azmin Bakal Tukar Portfolio?

Berdepan dengan amarah rakyat dalam tempoh PKP (Penuh), Dato Seri Azmin Ali sewajarnya dipertimbangkan bertukar portfolio Kementerian dan tidak lagi menjadi Menteri Kanan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memandang serius kemarahan rakyat.

 

Tukar Portfolio
Sebahagian Tangkap Layar Komen Di FB Azmin Ali

 

Terutama melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI).

MITI teruk dikecam rakyat apabila perubahan polisi SOP PKP (Penuh) seolah dimonopoli Kementerian terbabit.

 

Rakyat Tanya Kenapa Perubahan Peraturan Tidak Sampai 24 Jam

Walau MKN telah bersetuju menyerahkan tugasan penetapan SOP diserahkan kepada Kementerian lain, MITI paling berkuasa menentukan kelulusan operasi sektor keperluan (Essential).

Azmin Ali pula tidak memperincikan SOP yang diperlukan bagi perkhidmatan keperluan.

 

Komen

 

Memburukkan keadaan, Azmin langsung tidak berani membuat kenyataan dihadapan media secara siaran langsung.

Hanya selepas diberikan tekanan oleh rakyat, Azmin sudah mula menurunkan ‘ego’ dan melepaskan ‘hak kelulusan operasi’ kepada Kemeterian yang sepatutnya.

Pergerakan 1.57 Juta Pekerja Akan Wujud Kluster Baru?

 

Azmin Ali

 

Mengejutkan sekali apabila didedahkan sebanyak 128,150 syarikat telah mendapat kelulusan beroperasi dari MITI.

Dengan kelulusan tersebut jumlah pekerja yang akan bekerja ialah 1.57 juta orang.

Bayangkan pergerakan 1.57 juta orang dalam tempoh 14 hari.

Berbanding kes covid yang hampir tidak menunjukkan lekuk landai sejak akhir Mei 2021.

Amat mustahil bagi pihak berkuasa memantau pergerakan 1.57 juta orang yang berpotensi menjadi mangsa covid seterusnya.

Dengan angka dan jangkaan yang dikeluarkan KKM, sepatutnya Muhyiddin memikirkan mengenai butang panik bagi melegakan rakyat.

Sewajarnya satu keputusan konkrit diambil dengan menutup operasi syarikat serta kilang yang sepatutnya ditutup selama 14 hari.

Jangan tuding kesalahan kenaikan kes kepada rakyat sebaliknya perhatikan sendiri polisi serta kelulusan yang MITI berikan.

Amaran Kementerian Kesihatan Malaysia

 

KKM

 

KKM telah mengeluarkan amaran jangkaan peningkatan kes. Mereka (KKM) memberi bayangan perkhidmatan kesihatan mungkin runtuh sekiranya keadaan berterusan.

Kemarahan rakyat terhadap Azmin Ali turut disuarakan dalam petisyen. Mereka meminta agar Azmin meletakkan jawatan dan beredar dari kerajaan.

 

Azmin Ali Tukar Portfolio

 

Oleh demikian, meletakkan jawatan itu pilihan terakhir Azmin Ali tetapi beliau perlu sedar, keadaan semasa semakin tidak memihak kepadanya.

Apa pilihan yang ada untuk Azmin lagi untuk memperbaiki reputasi beliau?

Azmin Perlu Tampil Jelaskan Kekeliruan

 

Artikel menarik

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker