Muhyiddin Menghadap Mahathir Atas ‘Arahan’ PAS

Muhyiddin Menghadap Mahathir Atas 'Arahan' PAS

Muhyiddin Menghadap Mahathir Atas ‘Arahan’ PAS

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sudah menetapkan tarikh-tarikh penting bagi pilihanraya negeri.

Tarikh mengundi di kesemua 6 negeri sudah dimuktamadkan akan berlaku serentak pada pertengahan Ogos depan.

Satu perkembangan terkini yang agak menarik perhatian penulis adalah pertemuan 4 mata antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.



Siapa Dr Mahathir sekarang ini?

Kini beliau hanyalah seorang dari lebih 34 juta rakyat Malaysia yang hanya berstatuskan mantan perdana menteri.

Dalam dunia politik, Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang jawatan, malah tidak mempunyai apa-apa parti politik sekali pun.

Tetapi Dr Mahathir cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa dirinya masih relevan dalam dunia politik.



Tetapi fakta terkini dalam PRU 15 telah menunjukkan bahawa Dr Mahathir secara total telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Malah parti yang beliau terajui juga telah ditolak juga secara total oleh rakyat.

Ini adalah fakta yang tidak ada siapa dapat menfikannya.

Siapa pula Muhyiddin Yasin.



Muhyiddin juga merupakan seorang dari 34 juta rakyat Malaysia yang hanya berstatuskan bekas perdana menteri.

Namun begitu, dalam dunia politik, Muhyiddin adalah pengerusi sebuah gabungan parti politik yang dinamakan Perikatan Nasional.

Beliau juga adalah presiden kepada parti PPBM yang majoriti keahliannya adalah orang Melayu.

Tetapi secara relatif, PPBM hanya sebuah parti kecil di dalam dunia politik negara dengan keahlian tidak sampai 200,000 orang ahli.



Muhyiddin Terpaksa Akur Dengan ‘Arahan’ PAS

Di atas kertas, PPBM dicatat sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional.

Tetapi pada realitinya, PAS adalah ‘abang besar’ sebenar dalam Perikatan Nasional.

Pembahagian kerusi antara PAS dan PPBM dalam pilihanraya negeri jelas memberitahu kita realiti yang cuba disembunyikan selama ini.

Sebelum Muhyiddin ‘menghadap’ Dr Mahathir, kepimpinan utama PAS terlebih dahulu telah ‘menghadap’ Dr Mahathir.



Beberapa persetujuan telah dicapai, antaranya Mukhriz mesti menggantikan Sanusi sebagai menteri besar Kedah sekiranya PN menang di PRN Kedah.

Kini timbul persoalan, adakah Muhyiddin terpaksa akur dengan ‘arahan’ PAS supaya beliau pergi menghadap Dr Mahathir?

Laporan awal mengatakan, tujuan pertemuan tersebut adalah untuk ‘membincangkan’ mengenai Proklamasi Melayu.

Tetapi selepas pertemuan tersebut, Muhyiddin sendiri mendedahkan isu Proklamasi Melayu TIDAK dibincangkan secara khusus dalam pertemuan itu.



Rupa-rupanya perbincangan lebih bertumpu kepada pilihanraya di 6 buah negeri yang akan dihadapi bulan hadapan.

Mengapa Muhyiddin masih mahu membincangkan mengenai politik dengan Dr Mahathir sedangkan beliau tahu Dr Mahathir sudah ditolak rakyat?

Penulis akan mengupas perkara ini dalam artikel yang lain.

 

Muhyiddin Menghadap Mahathir Atas ‘Arahan’ PAS

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button