PN Di Jangka Akan Kehilangan Kedah Dan Terengganu Dalam PRN

PN Di Jangka Akan Kehilangan Kedah Dan Terengganu Dalam PRN

PN Di Jangka Akan Kehilangan Kedah Dan Terengganu Dalam PRN

Perikatan Nasional (PN) dijangka akan kehilangan sekurang-kurangnya 2 negeri yang kini dikuasai PAS.

Mungkin penyokong PN akan menganggap kenyataan penulis ini hanyalah perang saraf menjelang pilihanraya di 6 negeri.

Tetapi cuba kita lihat secara rasional dan berdasarkan kepada fakta.



Pertamanya kita perlu mengkaji mengapa PN menang pada PRU 15 yang lepas.

Secara umumnya rakyat Malaysia telah menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Rakyat ingin memilih sebuah pakatan baru yang boleh memimpin Malaysia.

Tetapi rakyat cuma ada 2 pilihan sahaja iaitu Pakatan Harapan (PH) dan PN.



Mengapa rakyat memilih PN?

PN telah melancarkan slogan PN Best.

Yang bermaksud Bersih dan Stabil.

Slogan ini sebenarnya sangat dekat dengan rakyat Malaysia yang inginkan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil.



Rakyat terpengaruh dengan hasutan pemimpin PN yang memberikan gambaran bahawa kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan kleptokrat.

Label kleptokrat sudah berjaya diberikan oleh musuh UMNO/BN kerana ianya sudah lama dimainkan, sebelum PRU 14 lagi.

Kesilapan terbesar kepimpinan UMNO/BN ketika itu adalah kerana tidak menangani serangan label kleptokrat dengan berkesan.

Jadi, bila ianya dimainkan semula, rakyat menjadi lebih mudah untuk mempercayainya.



Rakyat juga bosan dengan ketidakstabilan politik pasca Langkah Sheraton.

Rakyat Sudah Sedar

Tetapi apabila PN kehilangan kuasa selepas PRU 15, satu demi satu pekong sebenar PN terdedah.

  1. Pemimpin PN sebenarnya tidaklah bersih. Pengerusi PN, Muhyiddin sendiri telah didakwa rasuah dan melarikan cukai negara ke dalam akaun parti sendiri. Selain Muhyiddin, beberapa pemimpin PN dari PPBM turut didakwa.
  2. PN juga terlibat dalam kes rasuah pengundi dengan memberikan tunai. Pengundi juga dipaksa bersumpah mengundi PAS iaitu salah satu komponen PN.
  3. PN telah terlibat dengan kes fitnah. Antaranya, kes fitnah Tabung Haji oleh Dusuki, kes judi oleh Sanusi, kes fitnah LGBT oleh Razman dan beberapa tuduhan oleh Hadi Awang sendiri. Dengan gagalnya PN membentuk kerajaan, kecenderungan fitnah mereka sedikit sebanyak telah terhalang. Namun pelbagai fitnah masih berjalan di media sosial, tetapi tidak serancak dahulu.
  4. PN juga semasa PRU-15 telah menggunakan dana yang berlebihan. Dengan kempen secara agresif, mereka berjaya memikat pengundi, terutamanya pengundi baru. Tetapi kini dengan akaun parti PPBM yang telah di sita, menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai dana seperti dulu.

Semasa masuk PRU 15, rakyat lebih senang untuk mengekalkan PN berbanding menukarnya.

Tapi kini, faktor ini telah berubah.



Imej bersih yang dimainkan oleh PN sebelum PRU 15, kini sudah semakin pudar.

Keputusan Mahkamah Pilihanraya Terengganu yang membatalkan kemenangan ahli parlimen PAS Kuala Terengganu telah membuatkan rakyat sedar.

Hadi Awang juga masih belum boleh menarik nafas lega kerana kes merasuah pengundi akan dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Bukan sabitan kes ke atas ahli parlimen berkenaan yang membuatkan rakyat terkejut, tetapi sabitan jenayah rasuah ke atas parti yang mendakwa berjuang atas landasan Islam.



Sekiranya PAS yang mendakwa sebagai parti Islam boleh disabitkan atas kesalahan rasuah, mampukah PPBM terus menuduh tuduhan rasuah ke atas pemimpin mereka adalah fitnah.

Politik tidak stabil di era Muhyiddin juga membimbangkan rakyat.

Ianya pasti akan mengganggu ekonomi negara seterusnya menyebabkan kesusahan kepada rakyat itu sendiri.

 

PN Di Jangka Akan Kehilangan Kedah Dan Terengganu Dalam PRN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button