Sanusi, Dr Samsuri Dan Nik Amar Antara Yang Bakal Di Gugurkan Dari Kepimpinan Kerajaan Negeri

Sanusi, Dr Samsuri Dan Nik Amar Antara Yang Bakal Di Gugurkan Dari Kepimpinan Kerajaan Negeri

Sanusi, Dr Samsuri Dan Nik Amar Antara Yang Bakal Di Gugurkan Dari Kepimpinan Kerajaan Negeri

Maklumat dalaman PAS memaklumkan, sekiranya PAS dapat mempertahan negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan, beberapa nama besar akan digugurkan dari kepimpinan negeri.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding dalam pilihanraya negeri yang bakal menjelang di negeri masing-masing.



Cuma mereka tidak akan dicadangkan untuk mengisi semula jawatan yang mereka sandang sebelum pilihanraya negeri.

Sanusi dikatakan akan digugurkan dari dicalonkan sebagai Menteri Besar Kedah.

Persetujuan dikatakan telah dicapai oleh kepimpinan PAS dengan Dr Mahathir untuk menggantikan Sanusi dengan Mukhriz sekiraya PAS menang di Kedah.

Tambahan pula, Sanusi bukanlah calon yang digemari oleh pihak Istana Kedah.



Manakala Dr Samsuri pula dikatakan akan diganti dengan seorang lagi yang bergelar doktor.

Namun begitu, cadangan ini dikatakan dibantah hebat oleh Dr Samsuri dan penyokong beliau.

Tetapi kepimpinan PAS melihat tiada pilihan lain selain dari menggugurkan nama Dr Samsuri kerana beliau tidak lagi dilihat bersih.

SPRM sudah pun memanggil beliau berikutan kes penjualan tanah yang kini menjadi kepunyaan Khairunnisa dan Tapak Pasar Malam Tok Adis mencemarkan nama PAS Terengganu.



Manakala Nik Amar yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengarut dan tidak berfakta juga dilaporkan telah menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan.

Malah sudah ada gerakan untuk menggantikan Nik Amar dengan anak Allahyarham Nik Aziz, Nik Abduh.

Segalanya mungkin akan menjadi realiti, sekiranya PAS berjaya mempertahankan negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tetapi mampukah PAS mempertahankan ketiga-tiga negeri tersebut dalam pilihanraya negeri kali ini?



 

Sanusi, Dr Samsuri Dan Nik Amar Antara Yang Bakal Di Gugurkan Dari Kepimpinan Kerajaan Negeri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading