Dr Mahathir Meroyan Lagi

Dr Mahathir Meroyan Lagi

Dr Mahathir Meroyan Lagi

Sebenarnya kalau boleh, penulis tidak mahu lagi mengkritik politikus tua seperti Dr Mahathir.

Tidak dapat dinafikan, banyak kemusnahan yang telah Dr Mahathir lakukan sepanjang 2 kali menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan 22 bulan.

Perpaduan dan kuasa politik bangsa Melayu yang sebelum ini menjadi kuasa dominan dalam politik tanah air telah Dr Mahathir musnahkan.



Dari satu parti tunggal yang sangat kukuh, kini kuasa politik bangsa Melayu telah berpecah kepada beberapa parti.

PAS, Semangat 46, PKR, PPBM, Putera dan Pejuang semuanya berasal dari rahim UMNO.

Tetapi kerana kerakusan Dr Mahathir terhadap kuasa dan kekayaan, beliau mengamalkan strategi matlamat menghalalkan cara untuk memusnahkan kekuatan kuasa politik Melayu.

Setelah kehilangan kuasa, slogan ‘nasib bangsa Melayu’ kembali beliau tunggang untuk meraih semula kuasa.



Terkini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyindir Dr Mahathir atas kenyataan terbaru yang beliau buat.

Dr Mahathir mendakwa, kononnya beliau bimbang dengan 40 kerusi parlimen yang DAP miliki, DAP akan mengugut Anwar untuk mengubah kedudukan Islam di negara ini.

Secara jujur, penulis tidak nampak ada asasnya dakwaan Dr Mahathir itu.

Memang benar, dalam Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim mempunyai sokongan seramai 148 ahli parlimen.



Dan sekiranya DAP menarik sokongan, maka Kerajaan Perpaduan akan tumbang dan Anwar juga akan kehilangan jawatan perdana menteri.

Persoalannya, sekiranya benar seperti dakwaan Dr Mahathir, bolehkah Anwar dan ahli parlimen melakukannya?

Bolehkah Ahli Parlimen Mengubah Kedudukan Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan?

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia jelas tercatit di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Juga benar, dengan persetujuan 2/3 ahli parlimen, maka sesuatu perlembagaan boleh dipinda atau diubah.



Tetapi, dalam Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan, jelas menyatakan walau pun mendapat sokongan 2/3 ahli parlimen, 4 perkara asas perlembagaan mesti mendapat perkenan Majlis Raja Raja.

Tanpa perkenan dari Majlis Raja Raja, ianya tidak boleh dipinda, ditambah atau dimansuhkan.

4 perkara asas itu adalah mengenai kedaulatan Raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

Walau pun sekiranya DAP mendesak Anwar dengan ugutan menarik sokongan, tanpa persetujuan Majlis Raja Raja, ianya tetap tidak boleh diubah.



Tetapi sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, DAP memperakui dan menghormati 4 perkara asas tersebut seperti di dalam perlembagaan persekutuan.

Malah ketika era Dr Mahathir menerajui Pakatan Harapan, DAP tidak pernah mendesak atau meminta beliau mengubahnya.

Jadi, Dr Mahathir tidak perlulah lagi untuk terus mempermainkan isu keagamaan dan perkauman untuk meraih kembali sokongan.

 



Dr Mahathir Meroyan Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

One Comment

  1. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi Singapura mengikut perlembagaan negara tersebut…. malangnya nasib Bahasa Melayu di negara tersebut, anda nilaikan sendiri. Mungkinkah boleh terjadi di negara ini pads masa akan datang nanti. Anak cucu cicit kitalah yang akan menyaksikannya nanti. Begitu juga kedudukan institusi raja, agama Islam dan sebagainya. Tanah rizab melayu sudah menunjuk petanda yg hanya tersisa sekangkang kera akibat kerakusan pemimpin² Melayu sendiri yang kononnya pejuang bangsa agama dan tanahair…. sejarah tak mengajar bangsa kita, pisang seting berbuah berkali kali, namun tiada serik dirasa sehingga nasib bangsa terbangsat di bumi sendiri, tunggu terantuk baru nak terngadah, tunggu melukut di tepi gantang barulah nak nyalak bukit, berdendanglah lagu warisan, anak kecil main api…. anak kecil main roket, bumi dipijak milik orang, tanah dipijak milik simata sepet…

Leave a Reply

Back to top button