Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono

Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono

Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono

Agak pelik melihat sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh.

Jawatan yang pegang di dalam UMNO bukanlah jawatan yang dilantik, tetapi jawatan yang dipilih oleh perwakilan Pemuda UMNO Malaysia.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah jawatan sayap yang cukup penting di dalam UMNO kerana ia adalah bayangan kepada pemimpin UMNO di masa hadapan.



Kali pertama Dr Akmal mengeluarkan kenyataan kontroversi adalah ketika Perhimpunan Agung UMNO 2023.

Beliau menuntut supaya DAP meminta maaf kepada UMNO atas sikap DAP di masa lampau.

Walau pun selepas itu Presiden UMNO, DS Zahid berkata tiada keperluan untuk DAP meminta maaf kerana tidak perlu diungkit kisah silam.

Setelah UMNO dan DAP berkerjasama di dalam Kerajaan Perpaduan, apa yang penting adalah perancangan untuk masa hadapan.



Tetapi Dr Akmal tetap mendesak supaya DAP meminta maaf.

Kemudian Dr Akmal mahu supaya parti menerima kembali pengkhianat yang telah dikenakan tindakan disiplin.

Apakah Dr Akmal lupa, kerana onar yang dilakukan oleh pengkhianat, maka UMNO menerima kekalahan teruk dalam PRU 15.

Apakah Dr Akmal mahu terus melemahkan parti UMNO?



Desakan Sembrono Dr Akmal Dalam Isu Menteri MOTAC Dan JIM

Dalam isu Menteri MOTAC, Tiong King Sing dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sekali lagi Dr Akmal membuat kenyataan sembrono.

Kononnya untuk menonjolkan kelantangan suara Pemuda UMNO, beliau telah mendesak supaya Anwar Ibrahim memecat Tiong King Sing.

Dakwa Dr Akmal ianya wajar kerana Tiong King Sing telah bertindak di luar batas kuasa seorang menteri.

Persoalannya, adakah desakan Dr Akmal itu hanya berdasarkan kepada lapuran yang beliau baca dari Babasnews, sebuah portal kecil?



Mengapakah Dr Akmal tidak mendapatkan pengesahan dari sumber yang lebih berkredibiliti atau menghubungi terus menteri berkenaan untuk tujuan penjelasan?

Sangat memalukan, seorang yang bertaraf Ketua Pemuda UMNO membuat desakan supaya seorang menteri dipecat hanya berdasarkan sumber yang belum pasti.

Apakah Dr Akmal tidak membaca kenyataan dari presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA), Noor Zaleha?

Sudahkah beliau membaca kenyataan dari presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA),  Tan Kok Liang?



Atau sebenarnya Dr Akmal adalah seorang yang kurang kasih sayang dan memerlukan perhatian?

 

Dr Akmal Mesti Berhenti Keluar Kenyataan Sembrono

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button