Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Mahkamah Pilihanraya Terengganu membuat keputusan membatalkan kemenangan ahli parlimen Kuala Terengganu pada PRU 15 yang lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril, membenarkan petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon BN, Zulkifli Embong ke atas calon PAS, Ahmad Amzad Hashim.



Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman pada 3 Jan lepas.

Petisyen difailkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ianya atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022.

Pengagihan dilakukan beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.



Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Firuz Jaffril berkata keputusan pilihan raya bagi Kuala Terengganu (diisytihar mahkamah sebagai) tidak sah dan diketepikan.

Peguam Ahmad Amzad, Yusfarizal Yusoff, berkata pihaknya akan memohon supaya mahkamahn menangguhkan keputusan tersebut.

Ianya untuk memberi ruang kepada mereka untuk membuat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Dalam perkembangan yang lain, Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatal dan menolak petisyen yang mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang.



Dengan keputusan itu, Hadi Awang kekal sebagai ahli parlimen Marang.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Alasan yang diberikan mahkamah adalah kerana pihak pendakwaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.



 

Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button