Polis tahan lelaki bersama pil Yaba lebih RM12,000

Polis tahan lelaki bersama pil Yaba lebih RM12,000

Polis tahan lelaki bersama pil Yaba lebih RM12,000
Foto hiasan.

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil Yaba dianggar bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Kama Azural Mohamed berkata suspek ditahan dalam serbuan 12.30 tengah malam semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.



“Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000 dengan nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta disita ialah RM37,345,” katanya.

Kama Azural berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 2 Mei ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan negeri Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini,” katanya. – BERNAMA

 



Polis tahan lelaki bersama pil Yaba lebih RM12,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading