Remaja 14 tahun tunggang motosikal maut

Oleh – Syeikh Baran


Remaja 14 tahun tunggang motosikal maut
Pelajar sekolah berusia 14 tahun maut kemalangan dua kenderaan di kilometer 1.0 Jalan Bandar Penawar-Punggai di Kota Tinggi, malam tadi. – Foto PDRM

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut, dalam kemalangan dengan sebuah kereta di kilometer 1.0 Jalan Bandar Penawar-Punggai di sini, malam tadi.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, rakan mangsa yang juga remaja lelaki berusia 14 tahun, membonceng motosikal mengalami cedera parah.



Katanya, motosikal yang ditunggang mangsa jenis Yamaha Ego Solariz terbabit kemalangan dengan kereta Kia Rio yang dipandu wanita tempatan berusia 22 tahun.

“Dalam kemalangan tersebut, remaja terbabit yang juga pelajar sekolah menengah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dirujuk ke unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi prosedur siasatan.

“Rakan mangsa mengalami kecederaan patah tangan kiri dan masih mendapatkan rawatan di Hospital yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Hussin berkata, pemandu wanita terbabit tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button