Peluang Leverkusen pecah rekod 59 tahun

Peluang Leverkusen pecah rekod 59 tahun

Peluang Leverkusen pecah rekod 59 tahun
LEVERKUSEN akan memegang rekod tanpa kalah terpanjang Eropah jika berjaya melepasi halangan Roma awal pagi esok. – AFP

LEVERKUSEN – Bayer Leverku­sen hanya selangkah lagi untuk melangkah ke final Liga Europa musim ini menjelang separuh akhir kedua menentang AS Roma di Bay­Arena awal pagi esok selepas menang 2-0 dalam aksi pertama di Rom, Itali minggu lalu.

Jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso berjaya memimpin skuadnya hingga mencapai gela­ran Bundesliga pertama serta berjaya mengendalikan pasukan itu masih dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim ini.

Sekiranya Leverkusen mengelakkan kekalahan menentang Roma, mereka akan memegang rekod tanpa kalah terpanjang dalam sejarah bola sepak Eropah sejak 1965 iaitu 49 perlawanan dan menjadi pilihan utama untuk merangkul trofi pertama Eropah sejak kali terakhir menjuarai Piala UEFA pada 1988.



Ketika ini Leverkusen berkongsi rekod tanpa kalah de­ngan Benfica yang tidak kalah dalam 48 perlawanan dilakukan dari 1963 hingga 1965.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi


“Cabaran besar. Hanya dua perlawanan lagi dan jika kami berjaya, ia akan menjadi hampir sempurna. Kami akan cuba me­lakukannya,” kata Alonso.



Dalam masa sama, Le­verkusen yang memegang rekod tanpa kalah dalam 48 perlawanan musim ini juga perlu mengekalkan kedudukan dan mengelak daripada kekalahan dalam baki dua aksi liga untuk menjadi pasukan pertama memegang rekod itu dalam kempen Bundesliga.

Sebagai rekod, Leverkusen berpotensi bergelar juara trebel sekiranya melangkah ke final Liga Europa kerana mereka turut berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala DFB menentang Kaiserslautern pada 26 Mei nanti. –AGENSI

Peluang Leverkusen pecah rekod 59 tahun


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading