Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Dan PAS Di Haramkan

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan

 

Mahkamah Rayuan telah memutuskan supaya 4 pertuduhan ke atas Muhyiddin adalah jelas dan tidak samar-samar.

Dalam penghakiman bertulis 5 orang panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail mendapati Muhyiddin tidak diperdaya sebagaimana yang didakwa pihak pembelaan.



Oleh itu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan supaya kes tersebut diteruskan dan ianya sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Ada yang berpendapat, sekiranya Muhyiddin disabitkan kesalahan, ianya boleh menyebabkan PPBM dan PAS diharamkan.

Apa kaitannya?

Dalam unsur ketiga dan keempat pendakwaan itu menyatakan suapan itu adalah untuk sekutunya iaitu PPBM.



Sekiranya unsur ketiga dan keempat itu dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka satu lagi pertuduhan tambahan di bawah AMLATFPUAA 2001 boleh dilakukan.

Kerana ianya dengan jelas membuktikan parti PPBM telah beroperasi dengan menggunakan wang haram yang telah digubah.

Ada juga yang tidak bersetuju kerana kata mereka, senario itu adalah sama dengan senario kes 1MDB DS Najib.

Jadi kalau betul ianya mempunyai implikasi terhadap keabsahan PPBM, mengapa ianya tidak berlaku kepada parti UMNO.



Namun sebenarnya, senario kes Jana Wibawa dengan kes 1MDB adalah berbeza.

Dalam pertuduhan kes 1MDB, wang tersebut didakwa masuk terus ke dalam akaun peribadi DS Najib dankemudiannya baru diagihkan kepada beberapa akaun parti UMNO.

Sebab itulah dalam kes 1MDB, DS Najib juga telah didakwa di bawah Akta AMLATFPUAA 2001.

Tetapi dalam kes Jana Wibawa Muhyiddin, wang tersebut didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun parti PPBM.



Jadi pihak yang melakukan jenayah penggubahan wang haram adalah PPBM sendiri dan bukannya Muhyiddin.

Dalam artikata lain, sekiranya Muhyiddin disabitkan kesalahan, maka kemungkinan PPBM diharamkan adalah sangat besar.

Dan lebih buruk lagi sekiranya dapat dibuktikan wang itu disalurkan terus ke dalam akaun PAS.

 



Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button