Polis kejar lelaki positif dadah pandu kereta sejauh 20km

Oleh – Syeikh Baran


Polis kejar lelaki positif dadah pandu kereta sejauh 20km
Tangkap layar kejadian MPV polis mengejar kenderaan suspek hingga ke Plaza Tol Sungai Nyior, Butterworth, semalam.

Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan selepas bertindak melarikan diri dengan kenderaannya sejauh 20 kilometer (km) dari Bukit Mertajam ke Plaza Tol Sungai Nyior, Butterworth di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya terlebih dahulu mengesan dua video tular berdurasi 32 saat menerusi aplikasi media sosial yang memaparkan aksi beberapa unit kereta peronda (MPV) mengejar sebuah kereta di kawasan SPT.



“Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, anggota MPV menahan sebuah kereta yang dipandu suspek berusia 40-an kerana disyaki telah memukul seorang lelaki warga asing di Pusat Perniagaan Alma di Bukit Mertajam.

“Suspek bertindak memecut laju kenderaan yang dia naiki membuatkan unit MPV terpaksa mengejarnya. Suspek yang enggan memberhentikan keretanya telah melanggar sebuah motosikal di persimpangan Jalan Jaya Gading.

“Suspek akhirnya ditahan di Plaza Tol Sungai Nyior tidak lama kemudian sekali gus menemui botol plastik yang diubahsuai dipercayai digunakan untuk menghisap dadah dalam kenderaan terbabit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasil siasatan lanjut kataya, suspek turut memiliki tiga rekod jenayah lampau selain dikesan positif dadah jenis Methamphetamine menerusi ujian air kencing.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button