Kepala air: 5 sekeluarga kerap cari ikan di lokasi kejadian untuk dijual – Polis
Kepala air: 5 sekeluarga kerap cari ikan di lokasi kejadian untuk dijual – Polis

SERDANG: Lima sekeluarga warga Indonesia yang terbabit kejadian kepala air di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, dekat Seri Kembangan, di sini petang tadi, dikatakan sudah beberapa kali memancing dan menjala di kawasan itui sebelum ini.
Bagaimanapun ia kali pertama lima sekeluarga itu berdepan kejadian itu sebelum dihanyutkan arus deras di saliran longkang monsun berhampiran sebatang anak sungai di kawasan terbabit.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata mangsa yang terselamat, Ahmad Suriadi, 40, memberitahu sudah dua tiga kali mereka datang ke kawasan berkenaan untuk memancing sebelum hasil tangkapan dijual sebagai sumber pendapatan tambahan
Lelaki terbabit, katanya sudah 10 tahun tinggal di negara ini dengan bekerja kontrak namun tidak tetap.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang tadi, arus deras yang datang tiba-tiba dari ‘monsoon drain’ atau saliran longkang monsun menyebabkan Ahmad Suriadi bersama isteri dan tiga anak mereka berusia antara empat hingga 10 tahun tergelincir sebelum terjatuh dan dihanyutkan ke dalam sungai di Kota Perdana.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini
- Tuduhan Takiyuddin Terhadap Kerajaan Sangat Serius
- 𝗧𝗣𝗠 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝟲𝟰𝟬𝟬 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜
Ahmad Suriadi yang terselamat menghubungi talian MERS999 untuk meminta bantuan, namun seorang daripada tiga anaknya dikenali Mohd Alif yang berusia sembilan tahun ditemui selamat oleh orang awam jam 5.30 petang.
Pada jam 7 petang tadi pula, mayat seorang lagi mangsa iaitu Mohd Diham, 10, ditemukan pada jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka terjatuh sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sehingga kini, operasi masih dijalankan untuk mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu isteri Ahmad Suriadi dikenali Juliana, 38, dan anak perempuan bongsu mereka, Riska Amelia yang berusia empat tahun.
Dalam pada itu, Anbalagan menegaskan, lokasi terbabit bukanlah tempat untuk memancing, namun ada individu yang datang ke kawasan itu menangkap ikan untuk dijual.
“Meskipun terselamat, mangsa lelaki (Ahmad Suriadi) mengalami kecederaan ringan akibat terkena pokok, manakala anaknya yang terselamat tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Kepala air: 5 sekeluarga kerap cari ikan di lokasi kejadian untuk dijual – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PADU Atau Rafizi Yang Gagal?
- Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?
- Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :