Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?

Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?

Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?

 

Sejak kebelakangan ini, isu 3R semakin dimainkan secara berleluasa oleh pihak tertentu.

Bermula dari isu arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya semua sekolah membuka kantin sepanjang bulan Ramadhan.



Kemudian diikuti pula isu stoking yang dicetak dengan kalimah Allah.

Selepas itu timbul pula isu titah DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah 19 tahun yang lepas dipetik dalam konteks yang salah dan ditularkan semula.

Tidak cukup dengan itu tular pula isu perkataan kafir yang kononnya dilarang penggunaannya oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dan terkini, timbul pula isu Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS.



Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, mari kita lihat isu-isu tersebut secara rasional dengan sikap neutral.

Adakah Ianya Di Rancang Oleh Pihak Tertentu?

 

Persoalan utama yang timbul pada penulis adalah apakah ada dalang yang menggerakkan atau merancang supaya isu 3R dimainkan secara konsisten?

Dan sekiranya ada, apakah sebenarnya niat mereka?



Isu 3R yang dimainkan secara konsisten dan terancang serta tidak terkawal, pasti akan menggugat keharmonian kaum di Malaysia.

Penulis tidak mahu mengulas isu tersebut satu persatu kerana ianya sudah menjadi rahsia umum.

Di Malaysia, kepercayaan keagamaan boleh dikaitkan dengan bangsa penduduk di negara ini.

Agama Islam majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu, agama Buddha secara majoritinya dianuti oleh bangsa Cina, agama Hindu majoriti penganutnya adalah bangsa India.



Cuma agama Kristian perbezaan bangsa yang menganutinya agak tipis kerana ianya dianuti oleh pelbagai bangsa.

Dalam artikata lain, apabila sensitiviti agama Islam diserang, maka ianya secara umum akan dianggap sebagai menyerang sensitiviti bangsa Melayu.

Dalam artikata lain, apabila sensitiviti agama Islam diserang, ianya akan mewujudkan keresahan dan ketegangan di kalangan bangsa Melayu.

Sekira ianya tidak dikawal dan dibenteras dengan baik, negara berisiko akan terjebak ke dalam masalah perkauman.



Mahukah kita melihat tragedi 13 Mei 1969 berulang kembali?

Kerajaan mesti bertindak tegas dan pihak berkuasa mesti melakukan siasatan secara terperinci supaya dalang sebenar dapat dikenal pasti.

Kalau tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang.

 



Apakah Ada Dalang Di Sebalik Isu 3R Yang Semakin Berleluasa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading