Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi

Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi

Minggu lepas tular di media sosial kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengenai isu larangan penggunaan perkataan kafir.

Penulis bukanlah penyokong parti PKR, tetapi bagi penulis, fakta adalah fakta.

Apa yang penulis nyatakan hanyalah berdasarkan kepada fakta dan bukan untuk mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh Fadhlina.

Sebagai menteri, Fadhlina sepatutnya berhati-hati di dalam membuat kenyataan.



Ini adalah kerana kenyataan yang keluar dari mulut seorang menteri akan dianggap sebagai dasar rasmi kepada kerajaan yang memerintah.

Apabila keluar kenyataan mengharamkan penggunaan perkataan kafir di rumah, dari seorang Menteri Pendidikan, maka ia akan dianggap sebagai dasar Kementerian Pendidikan.

Penulis menonton berulang kali klip video pendek yang sudah diedit yang terdapat di media sosial.

Kesimpulan yang boleh diambil adalah maksud Fadhlina, larangan penggunaan perkataan kafir adalah dalam bentuk menghina orang yang bukan Islam.



Dan ianya bukan larangan secara umum ke atas penggunaan perkataan tersebut.

Perbezaan Antara Penggunaan Perkataan Kafir Dalam Bentuk Sebutan Dan Panggilan

Ada perbezaan antara panggilan dengan sebutan dalam penggunaan perkataan kafir.

Yang dilarang di dalam hukum adalah menggunakan perkataan kafir dalam bentuk panggilan yang bertujuan untuk menghina.

Sebagai contoh, sekiranya jiran kita adalah seorang yang bukan beragama Islam, adalah dilarang kita memanggil jiran kita dengan perkataan kafir.



Kerana beliau mempunyai nama dan akan lebih beradab sekiranya kita memanggil jiran kita dengan nama beliau berbanding dengan panggilan kafir.

Kerana ianya dianggap sebagai bukan sahaja menghina jiran kita tetapi juga menghina kepercayaan beliau.

Manakala penggunaan perkataan kafir dalam bentuk sebutan adalah dibenarkan, bahkan di dalam Al Quran terdapat 2 surah yang menyebut perkataan kafir.

Sebagai contoh, ketika berceramah, kita merujuk orang yang bukan Islam itu sebagai orang kafir yang ditolak akidah mereka.



Kesilapan Fadhlina adalah apabila beliau berkata, beliau melarang anak-anak beliau sebut perkataan kafir yang tidak beliau ajar kepada mereka.

Sudah tentu apabila kenyataan ini keluar dari seorang Menteri Pendidikan, maka musuh politik beliau akan mengambil kesempatan.

Tidak sepatutnya seorang yang bertaraf menteri boleh terlepas pandang dalam isu-isu yang sensitif seperti ini.

Benar, beliau sudah meminta maaf dan sudah pun membuat laporan polis.



But damage already done.

 

Menteri Mesti Elakkan Kenyataan Kontroversi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading