Sanusi Ugut Pulau PRN Kalau Tidak Jadi ‘Poster Boy’ PRN Kedah

Sanusi Ugut Pulau PRN Kalau Tidak Jadi 'Poster Boy' PRN Kedah

Sanusi Ugut Pulau PRN Kalau Tidak Jadi ‘Poster Boy’ PRN Kedah

Ramai ahli PAS marah dalam grup WhatsApp bila penulis menyiarkan artikel mengenai 3 nama besar yang bakal digugurkan dalam kepimpinan kerajaan negeri jika PN menang dalam PRN.

Mereka berikan bukti nama ketiga-tiga pemimpin PAS berkenaan sudah pun dicalonkan dalam PRN di negeri masing-masing.

Kepada ahli PAS berkenaan, cuba fahamkan betul-betul apa yang penulis siarkan.



Dari tajuk pun sudah jelas boleh di baca bakal digugurkan dalam kepimpinan kerajaan negeri.

Bukan digugurkan sebagai calon di dalam pilihanraya negeri.

Khabar terkini dari negeri jelapang padi memaklumkan, kem Sanusi kini sudah berada dalam keadaan panik.

Keputusan kepimpinan PAS untuk menggantikan beliau dengan Mukhriz sebagai menteri besar benar-benar membuatkan Sanusi marah.



Malah difahamkan juga, keputusan itu disampaikan oleh Dr Mahathir dan bukannya kepimpinan PAS.

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Patutlah Sanusi tersenyum kelat selepas bertemu dengan Dr Mahathir dahulu.



Bagi penulis, sepatutnya keputusan itu disampaikan sendiri oleh kepimpinan tertinggi PAS dan tidak perlu gunakan Dr Mahathir sebagai orang tengah.

Penulis bukan penyokong PAS, jauh sekali menjadi ahli PAS.

Tetapi menggunakan orang tengah yang hilang duit deposit dalam PRU 15 untuk sampaikan keputusan kepada menteri besar bahawa beliau akan digugurkan, memang sangat janggal.

Malah ianya boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada seorang menteri besar yang masih di dalam jawatan.



Tidak hairanlah kalau Sanusi mengamuk hingga mengugut akan boikot pilihanraya negeri.

Penulis juga hairan bagaimana PAS boleh bersetuju untuk berkerjasama dengan Dr Mahathir.

Bukan sahaja beliau hilang duit deposit dalam PRU 15, malah keseluruhan calon dari parti beliau juga hilang duit deposit.

Sudah jelas lagi bersuluh, orang Melayu sudah menolak Dr Mahathir dan apa juga parti politik yang beliau sertai.



Tapi PAS melihat Dr Mahathir sebagai sekutu yang akan memberikan nilai tambah kepada PAS dalam pilihanraya negeri.

Tapi hendak buat macam mana, itulah parti Melayu Isley PAS.

 

Sanusi Ugut Pulau PRN Kalau Tidak Jadi ‘Poster Boy’ PRN Kedah

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button