DAP DIINGATKAN JANGAN MANIPULASI TINDAKAN PAHANG TERHADAP PENCEROBOH TANAH HARAM

NGO PAHANG BERHIMPUN PERTAHAN TINDAKAN KERAJAAN PAHANG TERHADAP PENCEROBOH TANAH HARAM

Ngo Pahang hari ini berkumpul di perkarangan Rumah Rehat Raub bagi menyatakan sokongan mereka kepada Kerajaan Negeri Pahang yang bertindak tegas terhadap penceroboh tanah haram di Raub.



Himpunan tersebut yang turut dihadiri Veteran Tentera DiRaja Malaysia dan Veteran Polis DiRaja Malaysia serta beberapa NGO lain turut mempersoalkan tindakan DAP yang dianggap cuba mengambil kesempatan isu tanah haram bagi kepentingan parti.

Siaran langsung Himpunan boleh di tonton di – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220688883904291&id=1001925577

Tindakan NGO berhimpun pada petang tadi turut membantah tindakan seorang ADUN dari DAP yang memfailkan saman terhadap kerajaan negeri yang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi di papan tanda premis di seluruh Pahang. Mereka turut mempersoalkan mengapa DAP terlalu takut kepada tulisan Jawi dan menjadikan ia sebagai modal politik menakut-nakutkan kaum lain.



Kehadiran seorang Veteran Special Constable (SC) berusia 92 tahun menjadi perhatian. Sarjan Ali bin Nubi begitu bersemangat menghadiri himpunan yang diadakan walau keadaan beliau agak uzur.

Desakan agar Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy terus bertegas dalam isu ini turut disuarakan wakil NGO yang berucap. Mereka mahukan kerajaan negeri tidak tunduk dengan tekanan yang cuba dikenakan pihak tertentu.

Pihak penceroboh haram bertindak memfailkan injuksi di Mahkamah bagi menghalang tindakan kerajaan Pahang mengambil semula tanah haram yang diterokai mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button