Madrid cicirkan mata pertama

MADRID: Karim Benzema gagal menyempurnakan penalti buat Real Madrid ketika mereka akhirnya mencicirkan satu mata dalam pemburuan La Liga selepas seri 1-1 berdepan Osasuna awal pagi tadi.

Selepas Barcelona menewaskan Real Mallorca semalam, Madrid sedar mereka perlu menang untuk terus kekal di atas tetapi dikecewakan skuad kendalian Jagoba Arrasate dalam aksi di Santiago Bernabeu.

Benzema, yang kembali selepas kecederaan, mendapat penalti tetapi menyepaknya ke palang selain satu lagi gol dibatalkan kerana ofsaid.



Vinicius Junior memecahkan kebuntuan selepas mendapat hantaran lintang namun tandukan Kike Garcia memberikan satu mata buat Osasuna.

Benzema membuat penampilan pertama selepas 6 September manakala Andriy Lunin dan Dani Ceballos menggantikan tempat Thibaut Courtois dan Luka Modric.

Keputusan seri bermakna Barcelona kini mendahului Madrid menerusi perbezaan gol selepas tujuh perlawanan.

Kedua-dua pasukan bermain tujuh perlawanan sambil mengumpul 19 mata serta masih belum kalah.



AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading